Ahad, 18 November 2012

Cuti2 ke Pantai Timur ~

Salam..

Kali nie rombongan sekolah Nur ke Kuala Terengganu & Kelantan.. Mmg best la, cuti2 ke Pantai Timur nie.. Kami bercuti disana selama 3hr 2 mlm, pada 11/11/12 - 13/11/12.. Seramai 38 orang termasuk cikgu2, staff sekolah dan anak2 cikgu n staff sekolah..

Kami bertolak ke Kuala Terengganu pada jam 10 mlm, dan selamat tiba di Masjid Jerteh, Besut, Terengganu jam 5.35 pagi dan memulakan perjalanan semula ke Markas Rejimen Wataniah Terengganu.. Selamat tiba tempat yg ditujui pukul 8.30 pagi.. Tempat pertama yg ditujui ialah Markas Rejimen Wataniah Terengganu, seterusnya ke Pusat Latihan Rela Wilayah Timur utk latihan menembak.. Paling tak sabar untk menembak menggunakan senjata M 16, satu pengalaman yg tak dapat dilupakan.. Ok, jom layan picture kami disana..

Dlm bas, perjalanan menuju ke Terengganu.. Kami naik bas 2 tingkat,nie tingkat bwh de 9 seats..

Alhamdulillah selamat tiba tempat yg ditujui.. Markas Rejimen Wataniah Terengganu ~

Kami bersarapan di Markas dulu.. Kemudian baru dibawa ke tmpt latihan menembak.. 

Tiba di pusat latihan menembak..

Sesi penerangan..

Kami sudah bersedia utk menembak !!

 Sesi menembak bermula.. 

Panggg.. kena ke sasaran tu?

Sesi bergambar bersama.. Selepas, makan tengahari disana..

Mmg ianya satu pengalaman terindah buat kami.. Pengalaman menembak menggunakan M 16 dan berkenalan dgn warga Markas Wataniah Terengganu yg mesra.. Terima Kasih utk segalanya.. Jam 12.35 tghr, kami bergerak ke Masjid Kristal.. Tiba disana jam 2 ptg tuk bersolat dan bergambar disana.. Seterusnya, kami ke Pasar Payang, dr jam 4 ptg sehingga jam 6 ptg.. shppg la.. Habis duit Nur melayang di sini.. Huhu.. Ini merupakan destinasi terakhir kami di Kuala Terengganu.. Bubye2 Terengganu n Hai2 Kelantan..

Masjid Kristal.. 

Masjid Kristal dr jarak dekat.. Cantikkan..

Kami singgah sebentar di Gerai Kak Mek Losong

At Pasar Payang, shppg kain batik crepe bling2.. dapat rm220.. boleh tahan la hrganya..

 Sblum borong kain batik crepe..

Selepas borong.. hehe

Nur pilih yg nie.. Kain batik crepe pelangi ~

Posing dlu, sblm bergerak ke Kelantan..

Habis je shppg kt Pasar Payang, kami bergerak ke Kelantan pd jam 6 ptg.. Selamat tiba di Nor Batik PCP Homestay, Kelantan jam 10.30 mlm.. Masa untuk berehat, mandi2, makan2 n tidur.. Esok nk jalan2 lg sekitar Kelantan..

Bangun seawal 5.30 pagi tuk mandi n solat subuh.. Then, siap2kan dri n brg, terus g makan coz pukul 9 pg nk bergerak ke Pasar Siti Khadijah plak.. Melayang lg la duit.. Tp, duit dh melayang dlu kt Kedai Batik berhampiran homestay yg kami menginap.. Sempat lg shppg baju tidur batik lukis.. Sampai di Pasar Siti Khadijah, kami diberi masa utk berada di sini sehingga jam 12 tghr..

Kedai batik berhampiran homestay, sempat shppg 2 helai baju tidur batik lukis.. cuma rm 25.. 

At Kg Kraftgn, berhampiran ngn Pasar Siti Khatijah.. Posing dl, sblm shppg....

Pasar Siti Khadijah, majoriti yg menjual.. Para Wanita..

Byk brg2 basah yg fresh..

At Kelantan telur penyu 6 biji Rm22.. Kt terengganu 6 biji rm35..

 Tingkat bawah, Pasar Siti Khadijah, byk menjual brg2 basah dan kuih-muih..

 Tingkat 1, Pasar Siti Khadijah, de Medan Selera yg menjual pelbagai juadah yg enak..

 Tingkat 1, Pasar Siti Khadijah, de juga menjual makanan kering sprt, keropok kering, serunding, dodol dan lain2

  Tingkat 2, Pasar Siti Khadijah, terdapat barangan batik, telekung, tudung bawal, kain ela dan lain2

 Rambang mata nk memilih kain batik..

 Suka kain batik crepe warna hijau tu..

Sesi tawar-menawar.. hehe

Penat bershppg, naik beca pengantin plak.. hehe.. Rm 5 sorg..

Habis je shppg sakan kt Pasar Siti Khadijah, kami bergerak ke Rantau Panjang.. Kami singgah makan di rumah Cikgu Nureha, TQ ye blnje kami 1 bas makan.. Byk lauk-pauk yg dihidangkan n sedap plak tu.. Kenyang perut kami.. Terima Kasih sekali lg.. =)

 Rombongan kami ke rumah Cikgu Nureha..

Masing2 sudah lapar.. tak toleh kiri kanan dh.. hehe

Makan2 n santai2 di rumah Cikgu Nureha.. Tq kak reha.. Sopannya akk2 mkn..

Selesai je makan2 n santai2 di rumah Cikgu Nureha, kami ronda2 di Rantau Panjang, dr pukul 2 ptg sehingga jam 5.30 ptg.. Shopping lg.. Brgn kt sini lg la murah.. Nur dpt beli bju blouse Rm17 n baju jersi Rm15 je.. Kalo kt Perak dah berpuluh2 kot.. Kt sni kami byk borong makanan kering n baju.. Rugi tak rase ais krim Rantau Panjang, sdp btul ais krim nya.. Rasanya lain dr yg lain.. Jam sudah menunjukkan pukul 5.30 ptg, kami mula gerak ke Masjib Beijing Rantau Panjang.. Bersolat di sana.. Ini merupakan destinasi terakhir kami di Kelantan..

 Makanan kering at Rantau Panjang

 Ais Krim di Rantau Panjang

 Masjid Beijing Rantau Panjang ~

 Posing dl, sblm pulang ke Perak

Selamat Tinggal bumi Kelantan.. Kami nk blik Perak dh..


Pukul 6.25 ptg, kami mula bergerak pulang ke bumi Perak.. balik Perak sudah.. Alhamdulillah, selamat tiba di Perak jam 2.15 pagi.. 


p/s : Best cuti2 ke Pantai Timur bersama kwn2 yg happening n seronok shppg juga.. Part yg tak seronoknya duit melayang gitu jaa.. hehe.. tak pe.. Janji beli brg yg menepati kehendak diri.. 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan