Salam..
Hari ni, Nur nak sambung balik story Nur di tanah suci.. Selepas 3 hari di Kota Madinah, kami memulakan perjalanan dgn menaiki bas selama 4 jam untuk sampai ke Kota Mekah, sambil bertalbiah menyahut panggilan Allah s.w.t.. Alhamdulillah, kami tiba dgn selamat di Kota Mekah, kami terus dibawa ke Masjidil Haram untuk melakukan umrah pertama kami.. Di sini, makin Nur terasa kebesaranNya.. SubhanAllah, saat itu terasa agung kebesaranMu ya Allah.. Hamba-hambaMu berpusu-pusu masuk ke masjid untuk menyahut panggilanMu dan mengabdikan diri kpdMu.. Ya Allah, begitu juga dengan kami, permudahkanlah segala urusan kami disini..
Pintu Gerbang sblm masuk ke Kota Mekah.. Berbentuk Rehal & AlQuran
Masjidil Haram.. Pandangan dr atas..
Dalam perjalanan kami tidak berhenti2 bertalbiah... Semasa bertalbiah, hati rasa tak sabar utk sampai ke Masjidil Haram utk mengerjakan UMRAH yg 1....
Dalam perjalanan kami tidak berhenti2 bertalbiah... Semasa bertalbiah, hati rasa tak sabar utk sampai ke Masjidil Haram utk mengerjakan UMRAH yg 1....
Saat kaki mula melangkah masuk ke Masjidil Haram, hati rasa sungguh teruja dan bersyukur.. Tak sangka sampai ke sini juga.. Inilah pertama kali melihat kaabah di depan mata, Nur terpegun.. Mata tak berkelip-kelip melihat kaabah dan sekitarnya.. Terasa airmata ingin mengalir.. Betapa Allah Swt memberi Nur peluang untuk menghadapNya walaupun dosa-dosa Nur padaNya menggunung tinggi.. Terlalu kerdil diri Nur ketika itu di hadapan Allah Swt kerana Dia masih sudi menerima pendosa ini untuk berkunjung ke rumahNya.. DiseruNya nama Nur dan jemaah yg lain agar menghadapNya di sini.. SubhanAllah.. Maha Suci Allah.. Tiada kata yang mampu diungkap dengan nikmat2 yang diberi pada Nur disana.. Dia telah membuka seluas2nya peluang untuk Nur menyembahNya di sana.. Betapa tenangnya diri ini ketika itu, rasa yang tak dapat digambarkan dgn kata-kata.. Hanya mampu bersyukur dgn nikmat yg diberikan..Saat kaki mula melangkah ke Kaabah dan Kaabah mula berada di depan mata, airmata ini tidak mampu lagi ditahan.. Dalam hati berdoa memohon keampunan dan dipermudahkan segala urusan disini.. Ada beberapa tempat yang mustajab untuk berdoa di Masjidil Haram.. Antaranya ialah, di hadapan Kaabah, Multazam, Makam Ibrahim dan Hijr Ismail.. Insyallah, doa akan dimakbulkan oleh Allah Swt.. Allah Maha Mendengar lg Maha Mengetahui..
Kaabah
Hajar Aswad
Rukun Yamani
Makam Ibrahim
Kelebihan bersolat di Masjidil Haram adalah 100 000 kali ganda dari bersolat di masjid lain. Bersama jemaah umrah yang lain, Mutawif membimbing kami melakukan ibadah Umrah.. Ketika kami, sudah berada setentang dgn Hajar Aswad, Nur dan jemaah yang lain mula melakukan tawaf 7 keliling kaabah sambil dibimbing oleh Mutawif Darul Mubarak. Setelah selesai tawaf 7 keliling dan solat sunat Tawaf, kami dibawa minum air zam-zam. Kemudian, kami dibawa ke tempat Saie utk melakukan ibadah saie iaitu dgn berulang-alik dr Bukit Safa ke Bukit Marwah sebanyak 7 kali. Habis sahaja ibadah saie, kami bertahalul iaitu dgn mengunting rambut sekurang-kurangnya 3 helai rambut. Selesai sudah ibadah umrah pertama kami, dan kami terus dibawa ke hotel utk check in dan berehat.. Kami menginap di hotel selama 9 hari di Kota Mekah. Dari hotel ke Masjidil Haram, berjalan kaki adalah selama 10 minit.
Saie.. Berulang alik 7 kali dr Bukit Safa ke Bukit Marwah
Air zam-zam dalam Masjidil Haram.. Ada cold or hot tau..
Tempat Air zam-zam di luar..
Bilik kami di Mekah
Air zam-zam dalam Masjidil Haram.. Ada cold or hot tau..
Tempat Air zam-zam di luar..
Bilik kami di Mekah
Pada hari ke 2 pula, aktiviti bebas kerana ada jemaah yg masih penat, tp, ibu mengajak Nur n adik melakukan Tawaf Sunat di Masjidil Haram.. Setelah selesai Tawaf Sunat n solat sunat tawaf, ibu membawa kami solat di Hijr Ismail.. Ya Allah, ramainya manusia bersesak-sesak masuk ke dlm Hijr Ismail, kami pun sama2 bersesak-sesak dan berhimpit-himpit dgn org ramai.. Alhamdulillah, kami dpt juga masuk dan bersolat disitu, walaupun bersolat dlm keadaan terhimpit.. tp, ia tidak mematahkan semangat Nur utk beribadah dan berdoa di Hijr Ismail kerana berdoa disini, insyallah dimakbulkan.. Setelah itu, kami menunggu untuk solat Zuhur berjemaah dan kemudian pulang utk makan dan bersiap-siap utk ke masjid pula.. Selesai solat Isyak berjemaah, kami balik utk makan, berehat dan tidur awal kerana nak bgn awal utk solat Subuh berjemaah keesokkan harinya..
Hijr Ismail, yg melengkung / berbentuk C
zoom dr jarak dkt.. Hijr Ismail
nie sewaktu jemaah sedang bersolat di Hijr Ismail
Pada hari ke 3 pula, jam tpt 2.30 pg, kami sekeluarga bersiap-siap untuk ke Masjidil Haram utk solat Subuh berjemaah disana, perjalanan dr hotel ke Masjidil Haram mengambil masa lbh kurang 10 minit, selesai solat berjemaah, kami pulang utk makan dan berkumpul di lobi tepat jam 6.30 pagi, samada siap berpakaian ihram atau membawa pakaian ihram kerana kami akan dibawa melakukan ibadah umrah ke 2 pula.. Kemudian kami memulakan perjalanan dgn menaiki bas, kami ke Muzium Dua Tanah Suci, akan tetapi Muzium pd hr itu ditutup kerana penyelenggaraan, kemudian kami dibawa ke Kawasan ternakan unta.. Disini kami dpt melihat unta secara dekat dan merasai air susu unta.. sedap sgt.. rasa seperti susu segar HL.. 5 riyal bg 1 botol susu unta.. Setelah itu, kami dibawa ke Masjid Hudaibiyyah utk bermiqat. Miqat ialah tempat untuk berniat ihram umrah dan bersolat sunat ihram. Setelah selasai berniat ihram dan solat sunat ihram di Masjid Hudaibiyyah, kami balik semula ke Masjidil Haram untk melakukan umrah ke 2 kami.. Habis saja melakukan ibadah umrah, kami menunggu untuk solat Zuhur berjemaah dan kemudian pulang utk makan dan bersiap-siap utk ke Masjidil Haram lg.. Selesai solat Isyak berjemaah, kami balik utk makan, berehat dan tidur awal kerana nak bgn awal utk solat Subuh berjemaah keesokkan harinya..
Masjid Hudaibiyyah
Muzium Tanah Suci
Kawasan ternakkan Unta
Jabal Rahmah
Mudzalifah
Mina
Ja'ranah
Pada hari ke 5, ke 6, ke 7 dan ke 8 kami disini, seperti biasa, tepat jam 6.30 pg semua jemaah berkumpul di lobi hotel, siap berpakaian ihram. Setelah itu, kami memulakan perjalanan ke Tan'iem untuk bermiqat iaitu bersolat sunat ihram dan berniat ihram di Tan'iem.. Setelah itu, kami ke Masjidil Haram dan melakukan ibadah umrah kami.. Alhamdulillah, kami dapat melakukan 7 kali umrah yg bersamaan 1 haji kecil..
Clock Tower
Suasana pd waktu pagi
Setiap manusia yg berpeluang ke Kota Mekah dan beribadah di Masjidil Haram pasti mempunyai peristiwa yang indah mahupun peristiwa sedih.. Ianya bergantung pd rezeki seseorang itu, nasihat Nur, seringkali lah berdoa pd Allah agar diampunkan segala dosa yg lalu dan memohon agr dipermudahkan segala urusan di Tanah Suci dan kerap melakukan solat Taubat dgn seikhlas hati.. Insyallah, Allah pasti menerima taubat hambanya yg ikhlas dan mengampunkan dosa2 hanbanya yg lalu.. Selain itu, memohon maaf kpd orang2 yg rapat, bersihkan hati dgn membaca Al-quran, dan jelaskan hutang jika ada.. Alhamdulillah Nur diberiNYA kesempatan untuk bersolat di Hijr
Ismail walaupun keadaan di situ sangat2 sesak..Dilapangkan segala urusan
supaya mudah untuk Nur beribadah padaNya.. Sungguh terasa kebesaranNya
tika Nur berada di sana.. Alhamdulillah, Dia tidak timpakan kesulitan yang
berat sepanjang Nur dan ahli keluarga berada disana..
Suasana pd waktu malam
Clock Tower
Bukit Safa
Ada 3 peristiwa manis n indah yg Nur tak dapat lupakan, Peristiwa 1, dimana ketika itu Nur selesai solat sunat tawaf, Nur bersendirian pergi ke Hijr Ismail untuk bersolat, seperti biasa keadaan sgt sesak dgn orang ramai, Nur masuk juge dlm keadaan sesak itu, Alhamdulillah, dpt msk dan mdpt tmpt utk solat, akn ttp Nur rasa sgt tak tenang kerana orang tolak-menolak semasa Nur bersolat hajat, akhirnya Nur berdoa agar Nur dapat bersolat dgn tenang tanpa ditolak, dihimpit dan dilangkah.. Kemudian, Nur bangun untuk solat sunat hajat lg, berharap kali ni, Nur dapat bersolat dengan tenang, tanpa ditolak2 lg.. Alhamdulillah, Nur dapat solat hajat dgn tenang sekali, habis sahaja memberi salam yg terakhir, Nur lihat keadaan disekeliling kerana rasa hairan seketika kenapa Nur solat sprt tiada 1 org pun lalu dihadapan Nur, Nur melihat hanya beberapa org sahaja dalam Hijr Ismail, termasuk ibu teman.. Rupanya, ketika itu, pekerja2 Masjidil Haram sedang menunggu jemaah umrah yg berada di Hijr Ismail selesai solat untuk membersihkan lantai di Hijr Ismail.. Alhamdulillah, Allah swt memakbulkan doa Nur untuk solat dgn tenang dlm Hijr Ismail tanpa ditolak2 dan terhimpit.. Peristiwa 2, dimana ketika itu Nur bersama ibu, mak long n adik Nur, menunggu azan Zuhur, Nur berasa sungguh dahaga, Nur ajak adik bangun tuk pergi minum air zam2, tp, dia menolak dan berkata selepas solat Zuhur nt, Nur akur dgn katanya.. Tak lama lepas tu, datang seorang wanita Arab muda, mencuit bahu Nur, Nur berpaling, dia berkata dalam bahasa Arab tp Nur tak faham dan tak tahu apa yg dia nak.. Kemudian, dia menghulurkan secawan air zam2 kepada Nur, Nur mengambilnya dan mengucap Syukran kepadanya, dan dia membalas dgn senyuman.. Ya Allah, inilah kali yang kedua MU memenuhi hajatku walaupun hanya sekadar bicara di dalam hati.. Terima kasih Ya Allah.. Peristiwa 3, semasa Nur melakukan tawaf, Nur berdoa dan memohon sesuatu padaNYA.. SubhanALLAH! Allah swt telah memakbulkan doaku pada ketika itu juga.. Hanya keluarga n rakan rapat sahaja yg tau apa yg Nur mohon ketika itu dan Nur bersyukur dan terharu Allah swt telah makbulkan doa Nur.. Sesungguhnya, Allah memakbulkan doa kita samada cepat atau lambat.. Allah Maha Pengasih lg Maha Penyayang..
Tempat solat wanita
Di Tingkat 2
Dalam Masjidil Haram
Dalam Masjidil Haram
Pada hari yg ke 9, adalah hari terakhir kami di Kota Mekah dan pada hari itu kami wajib melakukan Tawaf Wida iaitu tawaf selamat tinggal ataupun tawaf perpisahan yg wajib kita lakukan untuk meninggalkan Kota Mekah. Selepas melakukan tawaf Wida', para jemaah tidak boleh menjual beli lagi kerana afdalnya selepas Tawaf Wida' para jemaah akan terus keluar dari tanah haram, Kota Mekah. Selepas itu, Kami berkumpul di lobi hotel lebih kurang pukul 10.30 pagi, untuk menaiki bas ke Jeddah. Kami dibawa bersiar-siar di sekitar Bandar Jeddah dan Masjid Terapung Al-Rahmah. Seterusnya, kami terus menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Jeddah. Penerbangan kami akan berlepas pada jam 9.00 malam ke Kuala Lumpur.
Masjid Terapung Al - Rahmah
Alhamdulillah, kami tiba di KLIA sekitar jam 11.30 pagi. Kami disambut oleh saudara terdekat. Kemudian, kami berehat dan pulang ke rumah keesokkan harinya.. Walaupun, baru sehari meninggalkan Kota Mekah, saat Nur berada disana sukar dilupakan.. Masih terbayang2, Kaabah didepan mata.. Ya Allah, hambamu ini bercita2 ingin ke sana lg.. Rindu melihat kebesaranMU dan ketenangan di sana..
p/s : Berharap masih ada rezeki lg Nur ke sana.. Insyallah.. Amin..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan