Selasa, 4 April 2017

Normal to Sensitive

Assalamualaikum.

Lama tak jenguk blog kesayangan.. Mase dulu everything share sini. Rinduu nak menaip panjang2.

Nur ade sumthing nak share, di pertengahan bln 10 2016, Nur dari kulit normal menjadi kulit sensitif n berjerawat. Tak penah tumbuh jerawat batu, merase ok. Sakit, perit n gatal. Padah tukar produk, ambik lah hadiahnya, siap pakej kulit kusam lg. Korg, pless setia pada yg satu ok, ble dah ada produk yg serasi dgn skin korg, JANGAN TUKAR.

Mengelabah laa Nur cari skincare yg organik, berharap kulit asal balik, tapiiii makin bertambah jerawat lg ade laa, bkn berkurang.

So, my mom nasihatkan, back to basic. So, gunakan petua org dulu. Petua yg Nur sering guna mase zaman sek. Bahan asas utama, bedak sejuk. Yang ni mmg my mom bt sendiri. Pastu campurkan dengan bahan yg ade kt dapur kita. Contohnya, serbuk kayu manis, kunyit, madu, garam, tomato n mcm2 lg.

Petua2 yg Nur amalkan sekarang ni. Mmg mujarab. Sabar tau, mmg ambik mase sikit. Janji istiqamah.

1. Bedak Sejuk + Garam + Air

2. Bedak Sejuk + Serbuk Kayu Manis + Air

3. Bedak Sejuk + Madu

4. Serbuk Kayu Manis + Kunyit + Madu

5. Serbuk kunyit + Yogurt

5. Tomato lumurkan pada muka.

Biarkan selama 20 minit. Jangan lama sgt, sbb nanti kulit kering. Ok, selamat beramal.





P/s : Sambil menaip dok tempek bedak sejuk. Berharap esok dan esok jerawat tiada lagi naik. Rindu kulit yg duluu.


Khamis, 10 Disember 2015

Kembali

Salam.. Lama Nur tak berblogging.. Hampir 2 thn.. Dah bersawang dh blog ni..


Byk memori suka n duka dlm 2 thn ni.. Bersyukur masih diberikan olehNya kesempatan untuk teruskan hidup, merasai nikmat dan diberikan kesihatan yg baik, yang penting keluarga masih disisi.. Tq Allah untuk segalanya..



2 hari lalu is my birthday.. Im birthday girl.. Tq untuk semua yg mendoakan dan moge doa kalian dimakbulkan.. aminn.. Mengharapkan juga apa yang dihajati diri ni diberikan olehNya tepat pada masanya.. Next blog i will share something..



p/s: feeling young..

Ahad, 20 Januari 2013

Sarawak Bumi Kenyalang ~

Salam...

Hari ni Nur nk story about my holidays with my sisters n friends... Mmg best sarawak ni.. Plg best mkn mee kolok.. Jatuh cinta with the taste.. nk lg.. kena fly ke sarawak jwbnya... Nak kan rase ori nya.. Wlpn story ni sedikit nk basi, sbb hampir 2 bln yg lalu.. 23/11/12 sampai 26/11/12... Tak kira nk story juga.. Trip ke Sarawak bersama rombongan Sk Ladang Huntly.. Nur n adik2 join skali.. Mmg best bersama guru2 n staf2 Sk Ladang Huntly yg sporting habiss... i like.. Tak rasa mcm org asing pun.. Mcm dh knl 10 thn.. Mesra sgt diorg ni.. Ok, jom layan cerita Nur dr first day jejak kaki di Bumi Kenyalang ni.. Layannn..

HARI 1, 23 NOVEMBER 2012 (LEKIR-LCCT-SARAWAK)

Kami bertolak dr Lekir ke LCCT jam 11 mlm, sampai di LCCT jam 4.30pagi.. Flight kami ke Sarawak jam 8 pagi,. Penerbangan dr KL ke Sarawak mengambil masa 1 jam setengah.. Tak panas punggung lagi dh sampai di bumi Sarawak jam 9.30 pg.. Kami terus dibawa ke Restoren Coffee o Corner utk makan.. Nur order Mee Kolok Special rm6.00, mmg sedap la kt sini..


Kedai makan pertama yg kami jejak dlu, ble smpai di Sarawak..

Mee Kolok..kt sini la yg Nur jatuh cinta sama itu mee kolok.. First time mkn tau!

Then, kami check in homestay, berehat n bersiap2 utk ronda2 di bandar Kuching, Sarawak.. Pukul 3 lbh, kami bergerak ke India Street and Kristal Shop sampai pukul 6 ptg.. 


at India Street..

beli ole2 tuk kenkwn..

at Kedai Kristal ~

Then, kami ke Kedai Kek Lapis Dayang Salhah, utk buat tempahan kek lapis.. Habis je rasa n memilih kek lapis yang nak dibeli n ditempah, kami mengisi perut yg sudah dondang sayang ni dan habis je mkn terus balik ke homestay.. Berehat n tido secukupnya utk hari esok..
at Kedai Kek Lapis Dayang Salhah ~


Ikan Terubuk rm10, 3 ekor, depan Kedai Kek Lapis..

Kek lapis utk dirasa..

mmg rasa sampai kenyang.. hehe

Kenyang perut kami.. 


Kek Lapis yg Nur beli.. Sedapp.. rm10 je satu

HARI 2, 24 NOVEMBER 2012 (SARAWAK)

Bangun seawal 5.30 pg, siap2 n bersolat.. Kt sini subuh masuk awal.. Jam 7 pagi kami mula bergerak ke restoren utk bersarapan.. Kemudian, kami bergerak ke Kg Budaya Sarawak yang terletak di kaki Gunung Santubong.. Kt sini dikenakan bayaran sekali masuk rm60 utk dewasa n rm30 utk kanak2, tapi kami dpt rm45 sorg dewasa n rm15 tuk kanak2.. Tp, Nur ada kad diskaun siswa, so, bayaran yg dikenakan cuma rm15 je.. Rugi kalo korang tak ke Kg Budaya Sarawak, kalo dh sampai di Sarawak.. Byk yg kita pelajari di sini.. Contohnya, tau budaya, gaya hidup dan lain2 dr pelbagai kaum/etnik di Sarawak.. Paling Nur suka dtg ke Kg Budaya adalah melihat tarian dr pelbagai kaum komuniti Sarawak.. Pukul 11.30 pagi persembahan tarian dr pelbagai kaum komuniti di Sarawak.. Kt sini, kita boleh lihat rumah2 dr setiap kaum yg hidup di Sarawak.. Ada 7 buah rumah kesemuanya, iaitu, rumah kaum Cina, Melayu, Melanau, Ulu, Penan, Iban dan Bidayuh.. Dr pukul 8.30 pagi sampai pukul 1.30 petang kami di sini.. 


Burung Kenyalang..

Bergambar bersama ~


Masing2 sibuk buat bayaran masuk..

Setelah selesai buat bayaran, kami diberi passport..

Utk cop pengesahan, yg mengesahkan kami dh masuk 7 buah rumah kaum Sarawak..

Pengembaraan kami bermula disini..

 Peta

 Posing lg

 Rumah Kaum Cina

 Rumah Kaum Melayu

 Berehat sebentar di Ruang Tamu

 Main congkak dl

 Menyanyi lagu2 Melayu bersama2

 Rumah Kaum Melanau



 Rumah Orang Ulu

 Rumah Kaum Penan

We Are Here !!


Rumah Kaum Iban


Rumah Kaum Bidayuh


blkg tu, Gunung Santubong..


Tepat jam 11.30 pagi, kami berjalan menuju ke dewan tarian, utk melihat tarian dari kaum2 Sarawak.. Mmg terpegun n terpesona melihat tarian yg dipersembahkan oleh para penari kpd para penonton yg hadir..

 Tarian Selamat Datang ~

Kami jg diajak menari bersama..

 Meniti Titi..


Tgh mendendangkan lagu..

Kami kemudiannya bergerak ke Sarikin, perjalanan mengambil masa 1 jam utk sampai ke Sarikin.. Kt Sarikin byk brg2 dr Indonesia, seperti telekung, kain sulam, kain batik, blouse, handbeg dan lain2.. Dgn harga yg MURAH beb.. Duit Nur melayang kt sini lg.. huhu.. Janji hati berkenan kan.. Kalo boleh nak mai lg ke Sarikin nie.. tak puas shppg kot.. sbb murah sangattt n berbaloi2 shppg kt sini.. Habis je shppg, kami bergerak pulang, sblm sampai ke homestay, kami singgah mkn dlu.. Sampai je di homestay kami menginap, terus mandi, solat n bum pengsan kt katil.. Penat sgt hari ni.. Simpan tenaga dan berehat secukupnya utk jalan2 lg esok..


at Sarikin

Sarikin

HARI 3, 25 NOVEMBER 2012 (SARAWAK)

Seperti semalam, bangun seawal 5.30 pagi, mandi n bersiap utk solat n berjalan lg.. Kali ni, kami ke Semenggoh Wildlife Rehabilitation, tempat pemuliharaan orang utan.. Bayaran masuk cuma rm5.. Tp, hampa kt sini, orang utan tak ada coz bila tiba musim buah, orang utan tak ke sini.. 


Welcome 2 da World of Orang Utan

Sijil Kelahiran pn ade taw..

Keluarga Org utan..

 Posing dlu.. sblm msuk hutan cri org utan..

Jln2 cri org utan, tp, hampa tak dak pn..

bergambo ngn patung org utan pn jd laa..

tak dapat bergambar ngn org utan, patung pn jd la..


Then, kami bergerak ke Kedai Tikar dan seterusnya ke Kilang Pasu Sarawak.. Kt Kedai Tikar terdapat banyak pilihan tikar sarawak dgn harga yg berpatutan, manakala di Kilang Pasu Sarawak, kami dapat melihat proses pembuatan pasu sarawak.. Nur de beli pasu disini tuk kenangan..


Kedai Tikar

 Kilang Pasu

Pasu yg dibeli.. Murah je.. RM 3 satu..

Habis saja kami shpg di Kilang Pasu Sarawak, kami memulakan perjalanan ke Orchid Garden, disini terdapat pelbagai spesis orkid yg jarang kita jumpai dan seterusnya kami ke Kedai Sinpiao, iaitu kedai yang menjual lada putih, lada hitam dan sarang burung layang2 n segala rempah ratus ada disini..

Di Orchid Garden ~

Terdpt pelbagai spesis bunga orkid kt sini.. Lawa2 tau..

Kedai Sinpiao

Last, kami ke Kuching Waterfront, naik Sarawak River Taxi tuk menyusuri Sungai Sarawak.. Kami naik dr pukul 6 ptg sehingga 7 malam.. Seronok tgk sunset dan keindahan sekeliling.. Then, kami g makan n terus pulang ke homestay..


 at Kuching Waterfront ~

Sarawak River Taxi ~


Posing atas boat

Kami sdg menyusuri Sungai Sarawak..

Bgnn Dun Sarawak ~

 Suasana pd wktu malam

 Smpt lg posing

Nice view kan..

HARI 4, 26 NOVEMBER 2012 (SARAWAK-LCCT-LEKIR)

Seperti biasa, bgn seawal 5.30 pg, mandi n bersiap tuk solat n jalan2 bandar Kuching.. Habis je bersarapan, kami bergambo ngn Tugu Kuching.. 


Tugu Kuching, Sarawak.. (pic kurang menarik coz matahari sgt terik time tu)

Then, jam 9 pg gerak ke Muzium Sejarah Semulajadi, Muzium Seni, Muzium Kesenian Islam, Muzium Etnalogi, Muzium Negeri Sarawak dan Dewan Tun Abdul Razak..


Sampai je Muzium, nmpk meriam trus posing..

bergambar bersama adik2

 Muzium Seni

Muzium Sejarah Semulajadi


 Muzium Etnalogi

ke Muzium Sarawak n Dewan Tun Abdul Razak

posing dlm muzium sejarah semulajadi


sibuk diorg shpgg beli ole2 kt Muzium Sarawak

Jam 11 pagi kami memulakan perjalanan ke Muzium Kucing sampai 12 tengahari.. Then, makan tengahari n terus pulang ke homestay, coz hari nie hari terakhir kami di Sarawak.. 


at Muzium Kucing

miowww besarr kt blkg kami

Kami check out homestay jam 3.00 ptg, sampai di airport jam 3.20 ptg. Flight kami ke KL jam 5 petang, sampai di KL jam 6.30 petang.. Sampai di bumi Perak jam 12 tengah malam.. Balik je umah, terus mandi n zzzz...

Penemuan Bunga Rafflesia di Kuching Airport .. hehe 

Bubye Sarawak.. 


p/s : Lepas nie nk g Sabah..  melihat keindahan bumi Sabah, kaum etnik Sabah n gaya hidup masyarakat di Sabah.. =)