Alhamdulillah, Tahun nie Nur bersama ibu, ayah, adik2 n mak long Nur menjadi Tetamu Allah S.w.t.. Rasa sgt bersyukur.. Berkat doa kami sekeluarga dan seruan dr ALLAH S.W.T, kami berpeluang untuk mengerjakan ibadah Umrah di sana dan mengabdikan diri kepadaNYA.. Sesungguhnya pengalaman mengerjakan ibadah Umrah tak akan Nur lupa sampai bila2.. Nur berdoa setiap hari disana, memohon menjadikan Nur TetamuNYA lagi.. Insyallah ade rezeki lg, Nur akan ke sana lagi.. Mengerjakan ibadah Haji pula.. Insyallah.. Amin..
Masjid Nabawi
Kami ke sana bersama agensi Darul Mubarak selama 13 hari di tanah suci, Penerbangan dr Malaysia ke Madinah mengambil masa selama 8 jam 30 minit, kami menaiki Kapal Terbang MAS.. Saat pertama kalinya kaki menjejak tanah bumi anbiya, Madinah, hati berasa sungguh sayu.. Sesungguhnya, inilah tempat dan inilah bumi Nabi ku, Nabi Muhammad S.A.W.. Hati bertambah sayu pabila teringat sirah Nabi Muhammad S.A.W yang sering diceritakan oleh Ustazah Nur dulu.. Bagaimana tabah dan sabar baginda Nabi Muhammad S.A.W, menyebarkan Islam, walaupun sering dihina, diejek, dibaling batu sampai patah gigi, dibaling taik unta ke muka, diancam bunuh dan pelbagai dugaan yang baginda terima, tetapi baginda tetap sabar dan tabah menghadapinya, tetap baginda meneruskan dakwahnya menyebarkan agama Islam.. Lihat, sehingga kini Islam dikenali diseluruh dunia dan betapa ramainya umat Islam di seluruh dunia.. Alhamdulillah.. Allahuakbar !
Pic dr pandangan ats
Suasana di sana
Hotel Karam Al-Hejaz
Bilik kami ~
Saat pertama kali melangkah kaki disini.. Tak sangka sampai disini..
Pintu masuk ke dalam Masjid Nabawi.. Emas Tulen tu..
Pintu masuk ke dalam Masjid Nabawi.. Emas Tulen tu..
dalam Masjid Nabawi
Selepas selesai solat Isyak jemaah, ibu membawa kami ke Raudah. Raudah merupakan tempat di mana terletaknya makam Nabi Muhammad S.A.W dan 2 orang sahabatnya iaitu Saidina Abu Bakar As-Siddiq dan Saidina Umar AL-Khatab .. Inilah saat paling manis, saat dimana berada di Raudah dan dapat bermunajat disana. Rase tenang berada di Raudah, tempat mulia, disifatkan oleh nabi sebagai kebun2 Syurga.. Namun begitu, bukan mudah untuk masuk ke Raudhah.. Kena bergilir-gilir menunggu giliran untuk masuk ke Raudah.. Hampir sejam menunggu ,barulah tiba giliran orang Malaysia dibenarkan masuk ke Raudah.. 3 hari kami di Madinah, 3 harilah kami sering ke Raudah, rasa sayu pada malam terakhir kami disana.. Ketika memberi salam pada Nabi, " Assalamualaika, ya Rasulullah ".. Air mata mengalir dan kerinduan mula terasa.. Teringat satu sabda Nabi Muhammad SAW, "Barangsiapa yang menziarahi ketika aku meninggal dunia, sama seperti menziarahi aku ketika hidup".
Di bawah kubah hijau itulah menempatkan Makam Baginda dan dua orang sahabatnya ~
Raudah - Makam nabi Muhammad Saw
Antara pintu masuk ke Masjid Nabawi
Tanah Perkuburan Baqi
Masjid Quba'
Masjid Qiblatain
dalam Kilang Cetak Al-Quran
Hanya orang lelaki saja dapat Al-quran secara PERCUMA.. berbaris pnjg tu..
Hanya orang lelaki saja dapat Al-quran secara PERCUMA.. berbaris pnjg tu..
Setiap orang yg sampai ke tanah suci, mesti mempunyai pengalaman masing2, begitu juga dgn Nur.. Ada 3 peristiwa indah yg berlaku disana, yg Nur tak dapat lupakan.. Peristiwa 1, dimana ketika itu kami tiba lambat di Masjid Nabawi utk solat Maghrib berjemaah, jadi kami terpaksa bersesak-sesak dgn orang ramai, ibu n mak long dpt bersolat atas sejadah masjid, tapi Nur n adik terpaksa bersolat di atas simen, tiba2, ada seorang wanita arab memberikan sapu tgnnya dan bentangkannya di tempat sujudku.. terkedu seketika.. manakala adikku dia memberikan tisu.. Kami berterima kasih pdnya, dan dia membalas dgn pelukkan dan kucupan di pipi kami.. Peristiwa ke 2, berlaku pd hari kedua kami di Raudah, bila tiba giliran org Malaysia masuk ke Raudah, kami dpt bersolat dan berdoa setengah jam dalam Raudah.. Ya Allah, betapa bersyukur kami dapat bersolat dan berdoa lama di Raudah, tanpa tolak-menolak dan bersesak-sesak dgn org ramai untuk solat dan berdoa.. Peristiwa ke 3, dimana ketika itu teman berada dlm Masjid Nabawi menunggu azan Isyak, Nur berasa sgt lapar, terdetik dihati hilangkan rasa lapar nie, tiba2 datang seorang wanita arab menghulurkan buah kurma kepada Nur begitu juga pd ibu, adik n mak long Nur.. SubhanAllah...inil
Suasana pd wktu malam
Suasana selepas selesai solat isyak
Laluan blik ke hotel, kiri kanan kedai..
Pada hari terakhir kami disana, tepat jam 6.30 pagi kami melakukan ziarah wida' dengan Rasulullah.. Ziarah selamat tinggal.. Sudah semestinya, hati berat meninggalkan Kota Madinah, hati bertambah sayu pabila memberi salam terakhir buat Rasulullah, Rasul junjungan kita, Nabi Muhammad saw.. Selepas selesai melakukan ziarah wida', kami bersiap-siap berpakaian ihram untuk berangkat ke Kota Mekah bagi menunaikan ibadah Umrah disana.. Dalam perjalanan ke Kota Mekah, lebih kurang 30 minit, kami sampai di Migat Bir Ali, untuk melakukan solat sunat ihram dan berniat umrah.. Selepas itu, kami memulakan perjalanan lebih kurang 4 jam untuk sampai ke Kota Mekah..
Migat Bir Ali
Sebaik sahaja sampai di Kota Mekah, kami terus dibawa ke Masjidil Haram untuk mengerjakan Umrah Pertama kami disana.. Ok, sampai disini dulu.. Nak tahu bagaimana perasaan Nur pabila melihat kaabah dan saat kaki melangkah ke kaabah serta pengalaman terindah Nur disana?????..
Masjidil Haram
Nantikan entri seterusnya.. Ziarah Tanah Suci, Kota Mekah~
p/s : Paling rindu untuk berada di Raudah.. rase tenang.. susah nk gambarkan ketenangan mcm mn.. Ya ALLAH, hambamu memohan agar dapat menjejakkan kaki lg disana.. Aminn..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan