Ditanya oleh sahabat kepada Rasulullah, “apakah amalan yang paling utama?”
Dijawab oleh Rasulullah,
“solat di awal waktu.” Dikatakan waktu solat itu terbahagi kepada 3: Iaitu
awal, pertengahan dan akhir. Dan seutama solat yang dianjurkan oleh Rasulullah
ialah solat di awal waktu.
Yang utama pada awal waktu pula adalah solat sekira-kira
bila masuk waktunya dan diperuntukkan waktu untuk azan, solat sunat 2 rakaat
dan iqamat. Dipandang baik seseorang terhadap solatnya apabila masuk waktu
solat, dia sudah pun berada di atas tikar sembahyang. Kemudian daripadanya
ialah orang yang bila masuk masuk waktu solat, dia sedang berwudhuk dan
bersiap-siap untuk berada di tikar sembahyang.
Kemudian daripada orang-orang tersebut ialah orang yang bila masuk waktu, dia pun tersedar lalu bersiap untuk wudhuk dan mengerjakan solat. Tersebut dalam hadis, orang yang sempat bertakbiratul ihram bersama imam pada rakaat pertama setiap kali solat, selama 40 hari berturut-turut, dia itu terhindar daripada penyakit nifaq. InsyaAllah, istiqamahnya itu akan melepaskan dia daripada api neraka.
Kemudian daripada orang-orang tersebut ialah orang yang bila masuk waktu, dia pun tersedar lalu bersiap untuk wudhuk dan mengerjakan solat. Tersebut dalam hadis, orang yang sempat bertakbiratul ihram bersama imam pada rakaat pertama setiap kali solat, selama 40 hari berturut-turut, dia itu terhindar daripada penyakit nifaq. InsyaAllah, istiqamahnya itu akan melepaskan dia daripada api neraka.
Orang yang bila masuk waktu
solat dan ada urusan yang tidak dapat tidak dielakkan dan dia mahu melewatkan
solatnya, maka hendaklah dia memasang niat untuk mengerjakan solat tersebut.
Dibimbangi dia meninggal atau uzur sebelum sempat mengerjakan solat sedang
tidak ada dalam hatinya niat untuk melakukan solat.
Ada beberapa keadaan yang
dibenarkan untuk seseorang itu melewatkan solatnya seperti berikut:
1. Solat Zohor, dikala waktu panas terik yang bersangatan.
Sehinggakan panas terik itu menghalang orang untuk datang ke masjid mendirikan
solat jemaah. Ditunggu hingga panas itu berkurangan lalu didirikan solat
tersebut.
2. Solat Isyak, jika ada
majlis ilmu atau majlis zikir maka dilewatkannya. Ataupun berkira-kira untuk
tidur sebentar dan bangun semula mengerjakan solat Isyak berserta tahajjud.
Namun sebahagian besar ulamak memilih keutamaan solat Isyak di awal waktu.
3. Apabila makanan sudah
terhidang dan pada masa yang sama solat hendak didirikan, maka Rasulullah
menganjurkan yang makanan itu diselesaikan dahulu. Kemudian baru bersolat.
4. Bila bertemu keadaan
kehendak membuang air kecil dan air besar sebelum takbiratul ihram, maka
didahulukan perkara mendatang itu sehingga selesai dan berwudhuk kembali. Jika
sudah takbiratulihram, haramlah dia memutuskan solatnya kecuali kehendak itu
jika tidak diselesaikan boleh mendatang mudharat, maka di waktu itu, bolehlah
dia memberhentikan solatnya.
5. Seseorang dalam keadaan
mengantuk yang bersangatan dilarang oleh Rasulullah untuk mendirikan solat. Dia
boleh tidur sekejap sekira-kira hilang mengantuknya dan kemudian dirikan solat.
Dibimbangi jika dia bersembahyang dalam keadaan mengantuk, dia tidak tahu apa
yang dia ucapkan di dalam sembahyangnya.
6. Seseorang yang berada di
dalam masjid yang masjid itu punya imam yang dilantik hendaklah menunggu imam
itu datang mengimami solat. Kerana hak imam itu adalah pada imam yang dilantik.
Menunggu itu adalah mengikut perkiraan bahawa imam itu akan datang dan tidaklah
terlalu lama hingga luput awal waktu solat. Tidaklah boleh seorang imam itu
menunggu jemaah yang ramai sehingga luput awal waktu solat kerana ada pendapat
terpilih ialah berjemaah solat dengan beberapa orang di awal waktu lebih utama
daripada banyak orang di akhir waktu.
7. Orang yang wajib baginya
solat Jumaat dan tiada keuzuran pergi ke masjid, jika dia tidak menghadirinya,
maka hendaklah dilewatkan solat zohornya. Ditunggu sehingga selesai solat
Jumaat di kariahnya, barulah dia mendirikan solat Zohor.
8. Boleh melewatkan waktu
solat sehingga masuk waktu solat yang satu lagi dan ini disebut jamak taakhir.
Ia adalah keringanan atau rukhsah kepada orang musafir. Namun bagi orang yang
hendak jamak taakhir, dia hendaklah meniatkan untuk mentaakhirkan solat pertamanya
dalam waktu solat kedua pada waktu solat pertama. Contoh, bila masuk waktu
zohor, maka meniatkan untuk solat zohor dalam waktu asar. Dibolehkan baginya
untuk berniat tersebut selagi waktu zohor tetap ada.
p/s : Demikianlah serba sedikit
tentang kupasan permasalahan solat di awal waktu, moga-moga ada manfaatnya
untuk kita bersama.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan