Salam...
Bedak sejuk yang Nur n mak Nur hasilkan~
Nak tau nape entri hari nie pasal bedak sejuk? becoz hr ni Nur wif my mom sibuk bt bedak sejuk tulen, tanpa sebarang campuran lain.. Bedak sejuk merupakan salah satu bahan pengubatan tradisional yang turut berfungsi sebagai bahan kecantikan atau alat penjagaan kulit.. Bedak sejuk ni diperbuat drpd beras yang direndam sekurang-kurangnya 3 bulan.. Tapi, mak Nur rendam beras sampai 1 tahun.. terbaik la... hari ni kami memulakan operasi membuat bedak sejuk.. seronok sgt..
Cara-cara membuatnya,
1) Pilih beras yang elok dan bersih.
2) Rendam beras tadi sekurang-kurangnya 3 bulan. Lebih lama beras direndam, lagi baik hasilnya pada si pemakai.
3) Sewaktu merendam, bekasnya ditutup dengan kain jarang supaya serangga seperti kutu, semut, agas, nyamuk, lipas, tidak dapat masuk kerana serangga yang mati di dalam rendaman akan menyebabkan penyakit kulit.
4) Ingat, setiap 2 hari sekali, tukar air rendaman beras tadi sehingga 3 bulan.
5) Selepas 3 bulan beras direndam, beras akan kelihatan hampir hancur, ramaskan dgn tangan dan tapiskan dengan kain jarang yang bersih.
adunan beras tadi.. halus je..
6) Kemudian beras tadi menjadi adunan yang sangat halus, campurkan dengan sedikit air, tapi ingat jangan terlalu cair, nanti menyukarkan dalam proses menitik adunan td untk memjadi bedak sejuk.
daun mengkudu yang dilipat menjadi kelongsong..
7) Proses menitik bedak pula, hendaklah menggunakan sehelai daun mengkudu @ pisang untuk dibuat kelongsong.
proses menitik menggunakan kelongsong daun mengkudu..
8) Kemudian, adunan tadi dimasukkan ke dalam kelongsong dan titik setitik demi setitik pada kain putih bersih.
9) Biarkan bintil-bintil bedak tadi kering.
10) Hiris daun pandan halus-halus dan campurkan pd bedak yang sudah kering, agar tidak berbau masam. Bedak yang dicampur daun pandan tadi, pasti akan berbau harum semerbak.
11) Bedak sejuk tadi hendaklah disimpan di dalam botol supaya tahan lama.
Senang je kan nak buat bedak sejuk nie, tak memerlukan proses yang sukar dan menjimatkan duit juge..
Khasiat bedak sejuk sangat banyak, antaranya dapat menghilangkan penyakit ruam, jerawat, badan panas, gatal-gatal badan, kayap dan lain-lain penyakit kulit. Selain itu juga, bedak sejuk digunakan sebagai penyeri wajah dan alat solek.
Ade sedikit petua orang lama, Nur nk kongsikan...
Tegangkan Kulit Muka~
Campurkan sedikit bedak sejuk dan beberapa titik air limau nipis. Bancuhkan bersama sedikit air kemudian sapukan ke muka. Kulit akan terasa pedih sedikit. Amalkan dalam masa seminggu untuk melihat perubahannya.
Menghapuskan Jerawat~
Campurkan sedikit bedak sejuk dengan sedikit garam dan madu. Kemudian, gaulkan sebati dan sapu pada wajah. Lihat hasilnya.
Melicinkan Kulit Muka~
Campurkan bedak sejuk, asam jawa, serbuk kunyit serta sedikit air. Sapu dan gosok perlahan-lahan pada muka selama beberapa minit sebelum mandi. Kemudian cuci dengan air suam. Lakukan setiap hari.
Sudah tau khasiat dan petua penggunaan bedak sejuk ni, so, ape lg, lakukan hari ni juge.. Banyak manfaat yang kita dpt dr bedak sejuk nie.. Nur pengguna setia bedak sejuk.. Hasilnya, menakjubkan, jerawat semakin malu nak naik pd wajah Nur..
tq 4 reading this entry =)
assalamualaikum...
BalasPadampertanyaan saya;
1. Dimanakah bekas rendaman itu disimpan adakah di tempat yang terlindung seperti dalam almari @ kat rak dapur je?
2. Adakah bunga2 yang direndam bersama beras tadi dibuang semasa airnya dibuang? Ganti baru?
terima kasih diatas info yang diberikan...
waalaikumussalam..
BalasPadam1. disimpan dalam almari lebih baik.
2. ya
Assalamualaikum, air rendaman beras tu kena tukar setiap hari ke?
BalasPadamSaya sedang dalam proses nk cuba buat bedak sejuk ni juga, tapi saya rendam 1 hari air die dah bau msam, jadi saya terus buang beras tu sebab dh masam... atau die memang macam tu?