Isnin, 20 Februari 2012

The Sweet Sunday ~

Salam..


Hari ahad, 19 Februari 2012.. Nur berkelah kt Teluk Batik wif my lovely friends, kak siti n ruz.. Dari pukul 3.15ptg until 6.00ptg.. Kami menghabiskan masa bersama dgn mkn2 n borak2.. Cadangnya, nk berkelah sambil study.. alih2, buku hilang tah ke mana.. *alasan.. haha.. Lg 3 minggu kami akn menghadapi final exm.. So, hilangkan stress seketika.. Kami enjoyyy dulu la!! hehe.. Asgmnt berlambak lg tak siap, minggu nie kena hantar.. Insyallah Nur akn berusaha dgn tekun menyiapkan asgmnt yg tak sengaja ditangguhkan.. *alasan lagi.. jom layan pic kami..



sampai je, trus tgkp gmbo..


ruz, kak ct, amin n ali...

candid ~


ruzz and amin

peace~




p/s : syg kome.. miss this moment..


Khamis, 16 Februari 2012

Banner Maulidur Rasul (Hand Made) ~

Salam..

Hari ni, teman nak tunjuk banner2 hand made, salah satunya banner dari kumpulan teman.. Ok, antara Banner2 Maulidur Rasul yang dipertandingkan mana yang korang rase berpotensi untuk mendapat Johan, Naib Johan dan ke-3.. vote2.. hehe.. Tema Maulidur Rasul tahun nie, PERSEFAHAMAN ASAS PERPADUAN UMMAH..

Jom, lihat banner2 yang dihasilkan untuk Perarakan Maulidur Rasul dan juga pada masa yang sama dipertandingkan serta dihakimi oleh Guru Besar, PK 1 & PK Hem.. Original hand made ok..





















p/s : Yang mana pilihan hati korang? Mesti yang de gambar kaabah tue kan... hehe.. Nak buat tempahan banner?? Kami sememangnye tak menerima sebarang tempahan... TQ.. Peace..

Sambutan Maulidur Rasul ~

Salam..


Akhirnya, tiba masanya Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah 1433 H/2012.. Majlis Sambutan Maulidur Rasul diadakan pada tanggal 10/2/2012, hari Jumaat.. Ia merupakan anjuran Panitia Pendidikan Islam..

Tepat jam 7.20 pagi, murid-murid sudah berbaris di tapak perhimpunan. Perhimpunan dimulakan dengan Nasyid Asma Ul-Husna dengan bimbingan ustazah Norhuda.




Selepas Guru bertugas menerangan Taklimat Program dan aturcara program pada hari itu, murid-murid mula berarak menuju ke Masjid An-Nuriah sambil berselawat ke atas Nabi Muhammmad S.A.W.





Setibanya di Masjid, murid2 diminta untuk masuk ke dalam Masjid untuk mendengar Ceramah Maulidur Rasul. Selepas selesai Ceramah, murid2 diminta untuk Perarakan pulang ke Sekolah sambil berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W.





Sampai saje di sekolah, memang penat la, yela berjalan jauh juge, tp satu pengalaman yang menyeronokan kerana berarak sambil berselawat ke atas Rasul kita.. Memang setiap tahun Sekolah kami melakukan Perarakan Maulidur Rasul..





Ok, Dapat rasai semangat kami menyambut Maulidur Rasul? ~


p/s : Teman yg paling bersemangatkan.. hee.. *tetibe rase rindu pada Rasulullah S.A.W~

Pertandingan Melukis Banner MaulidurRasul ~

Salam..

Baru hari ni Nur dapat men update blog Nur nih.. Biasalah, bz memanjang ngan kerja.. kerja.. and kerja.. yke? haha.. yela kot.. Ok, kita baru sahaja menyambut Hari Kelahiran Nabi Muhammad S.A.W, Rasul junjungan kita.. Setiap selawat untuk rasul kita, kita akan mendapat ganjaran pahala..

Sabda Nabi s.a.w : “ Barang siapa berselawat kepadaku waktu pagi sepuluh kali dan waktu petang sepuluh kali , maka ia akan mendapat syafaatku di hari kiamat. Begitu besar ganjaran yang bakal kita dapat, berselawat lah selalu ke atas Nabi kita, Nabi Muhammad S.A.W..

Setiap kali Nur membaca sirah2 Nabi-nabi terdahulu dan Nabi Muhammad S.a.w, banyak teladan yang Nur dapat, kadang2 mengalir air mata membaca pengorbanan, keperitan, kesusahan para Nabi, iaitu utusan ALLAH S.W.T, menyebarkan ajaran Islam.. Islam adalah agama yang benar.. Bersyukurlah kerana dilahirkan sebagai orang Islam.. Moge di akhirat kelak, kita bersama-sama dengan para nabi dan para solihin.. Amin..

Ok, berbalik pada tajuk di atas, Pertandingan Melukis Banner Maulidur Rasul, Nur bersama rakan sekerja yang lain terlibat dalam pertandingan melukis banner nie, conteng2 jer kan.. hehe.. Conteng2 pon kena la ada bakat juge, Nur cuma pandai conteng guna berus warna jer, bab conteng2 guna pensil saper lagi kan.. Kas as la.. Nur and beberapa rakan yang lain, memberikan idea dan menyumbang tenaga untuk melukis sikit dan mewarna..

Hope tahun 2012 ni kami bakal mendapat tempat pertama, JOHAN, becoz tahun 2011, kami cuma berada di tempat ke 2, Naib Johan, mesti lah tahun nie up lagi kan... Doakan kejayaan kami ye~


Sila tatap picture candid kami ye.. candid ke? hehe.. Tergambar Keikhlasan, Ketekunan dan Kerjasama dalam gambar di bawah... Gambar tidak bisa menipu~ hehe.. dan de juge picture banner kami yang sudah siap..


sedang berbincang


tak sabar teman nk warna



hasilnya.. terbaek kan..





p/s : tak sabar tggu keputusannya.. hope yg terbaek buat kami ~

Zahrah & Saiful's Wedding

Salam..


Pada tarikh 7/1/2012, teman dan beberapa kwn yg lain hadir pada Majlis Penyatuan 2 Hati.. Wedding la.. our friends wedding.. Puan Zahrah & En Saiful, Tahniah ye.. hee.. Semoge perkahwinan korang bahagia dan berkekalan sehingga akhir hayat.. Amin.. Doakan teman juga bakal menempuh alam perkahwinan mcm korang ye..

Seperti biasa, asal ada saje sesuatu aktiviti, jemputan dan apa saje, teman akan berkonvoi bersama kwn2 ke destinasi yang ditujui.. Pada Majlis nie, hanya teman dan 5 rakan yang lain dapat menghadirkan diri, yang lain tak dapat datang becoz ada yang masih belajar dan ada yang mempunyai hal masing2..

Tepat jam 12.30 tghri kami sampai di Majlis Kenduri, ape lg terus p salam2 la... haha.. ingat kami terus p makan ke? Masih mengekal kan adat org Melayu, cari tuan umah dulu, salam2 hulur2 and then, baru p makan.. mcm mintak izin la kot.. Seperti biasa teman makan mesti sepinggan jer.. tak boleh lebih, nanti berat terlebih plak kan.. yeke? mesti la.. Jaga badan.. haha..

Lepas makan, ape lagi.. Posing bersama Raja sehari la, tangkap gambar buat kenangan... Lebih kurang pukul 3 ptg, kami bersalaman dan mintak diri balik.. Sudah kenyang kan, ape lagi tunaikan Solat Zuhur la coz tak solat lagi.. ingat teman p tidur ke? tak elok tidur lepas makan, nanti makanan lambat dihadamkan dan sistem penghadaman boleh terganggu..

Ok, teman akn meng upload picture teman wif my friends also wif Raja Sehari kita nie... Selamat menatap picture dibawah ye..













p/s : Semoge Zahrah n Saiful berbahagia sehingga akhir hayat dan bahtera perkahwinan korang berkekalan serta kukuh selamanya... Doakan teman juge ye...






Isnin, 6 Februari 2012

Doa Elak Dirogol n Dicabul ~

SALAM..

Hari nie teman nak berkongsi bersama korang, doa elak dirogol n dicabul, khususnya buat kaum hawa.. Sumber nie teman copy dari Blog Ustaz Dr. Zaharuddin Abd Rahman.. Amalkan doa nie setiap kali keluar rumah dan jadikan ia amalan setiap hari.. Bace sebanyak 3 kali.. Doa dari hadis sohih pelindung setiap kali keluar rumah.. Iaitu :-

بِسْمِ اللَّهِ الذي لَا يَضُرُّ مع اسْمِهِ شَيْءٌ في الأرض ولا في السَّمَاءِ وهو السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

DALAM sebutan rumi : BISMILLAH ALLAZI LA YADURRU MA’ASMIHI SYAIUN FIL ARDI WA LA FIS SAMAIE, WAHUWAS SAMI’UL ‘ALIM

Rasulullah s.a.w didengari berkata sesiapa yang berdoa : “Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui” sebanyak 3 kali, maka ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika subuh 3 kali, ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya” ( Riwayat Abu Daud, 4/323 ; At-Tirmidizi, 5/465 dan Ahmad ; Tirmizi : Hasan – Teks doa berwarna Merah Syeikh Syuaib ; Hasan)

Terdapat satu lagi doa sohih yang dibaca oleh isteri Nabi Ibrahim a.s (iaitu Siti Sarah) yang menyebabkan para lelaki zalim termasuk rajanya melarikan diri. Iaitu :-

اللّهُمَّ اِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ اني آمَنْتُ بِكَ وَبِرَسُولِكَ وَأَحْصَنْتُ فرجي إِلاَّ على زوجي فَلاَ تُسَلِّطْ عَلَىَّ الْكَافِرَ

DALAM SEBUTAN RUMI : ALLAHUMMA IN KUNTA TA’LAMU INNI AAMANTU BIKA, WA BIRASULIKA WA AHSONTU FARJI ILLA ‘ALA ZAWJI FALA TUSALLIT ‘ALAYYA AL-KAFIR WA AZ-ZALIM

Ertinya : Ya Allah, jika engkau mengetahui bahawa aku beriman kepada Mu dan Rasul Mu, dan aku menjaga kehormatanku hanya untuk suamiku, maka lindungilah aku daripada dikuasai oleh orang-orang kafir dan zalim” ( Riwayat Al-Bukhari, no 2104, 2/722 ; Sunan Al-Baihaqi, 5/97; Musnad ahmad, 2/403 ; Fath Al-Bari, 6/393; Umdat Al-Qari, 12/30 ; Sohih )

Selain doa-doa diatas, amalkan juga Ayat KURSI, Surah AL-FATIHAH dan 3 Qul selepas selesai Solat Fardu.. Insyallah ALLAH S.W.T akan melindungi kita.. Doa adalah senjata bagi orang ISLAM.. =)




Ahad, 5 Februari 2012

Biodata Rasulullah S.A.W ~

• Nama: Muhammad bin 'Abdullah bin 'Abdul Muttalib bin Hashim

• Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenali sebagai tahun gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Ka'abah) • Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah

• Nama bapa: 'Abdullah bin 'Abdul Muttalib bin Hashim

• Nama ibu: Aminah binti Wahab bin 'Abdul Manaf

• Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)

• Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)

• Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa'diah (lebih dikenali Halimah As-Sa'diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)

USIA 5 TAHUN
• Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalamnya.

USIA 6 TAHUN
• Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa' (sebuah kampung yang terletak di antara Mekah dan Madinah)
• Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya 'Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN
• Datuknya, 'Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
• Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
• Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan. • Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.

USIA 20 TAHUN
• Terlibat dalam peperangan Fijar. Ibnu Hisyam di dalam kitab 'Sirah' , jilid 1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
• Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul'; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Mekah.

USIA 25 TAHUN
• Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.
• Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah..
• Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
• Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN
• Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Ka'abah.
• Pembinaan semula Ka'abah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Mekah.
• Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan 'Hajarul-Aswad' ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.

USIA 40 TAHUN
• Menerima wahyu di gua Hira' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.

USIA 53 TAHUN
• Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.
• Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

USIA 63 TAHUN
• Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12Rabiulawal tahun 11H/ 8 Jun 632M.