Isnin, 31 Disember 2012

Lawatan Penanda Aras Siri 2 ~

Salam..

Kali ni, Lawatan Penanda Aras Siri 2, di bumi Kelantan.. Yang terdahulu, di Kuala Lumpur.. Selama 2 hari 1 malam di Kelantan.. Sekali lg, Nur n kak as tiba disini coz bln 11 hr tu, sek kami buat lawatan disini.. Kali nie bersama rakan2 seangkatan dan 3 orang warga PPD.. Seramai 27 orang saje ke Lawatan kali ni coz ramai yg menarik diri saat2 akhir.. Seronok bersama rakan2 yg happening.. Walaupun tak ramai yg dapat sertai Lawatan nie, atas sbb tertentu, tak mengapa masih ade lg thn dpn.. INsyaALLAH.. Kita jmpe lg thn dpn..

Bertolak jam 11 malam menuju ke Kota Bharu, Kelantan.. Sampai disana jam 5.45 pagi, bersiap2 mandi dan bersolat di Masjid. Then, makan2 n bergerak ke Sk Bunut Payong, Kota Bharu, Kelantan.. Tapi, sebelum tu, kami bergambar dulu di Pantai Cahaya Bulan dan shpgg di kedai2 batik yg berdekatan.. Barulah, bergerak ke Sk Bunut Payong, jam 11.30 pagi.. Jom lihat pic kami..

Posing dulu..

 At Pantai Cahaya Bulan ~

 Antara kedai2 batik yg kami singgah..

Si najwa sibuk mencanting batik..

 Nur pun sama sibuk mencanting batik.. hehe

Sampai juga ke Sk Bunut Payong ~

Sampai je Sk Bunut Payong, kami disambut mesra oleh warga2 sek tersebut.. Bersalam dan beramah mesra dgn mereka dan mereka juga menjamu kami masakkan Kelantan.. Tq ye.. Mmg seronok berkenalan dan mengutip ilmu yg ada pada semua warga Sk Bunut Payong.. byk ilmu yg kami dpt disini.. Tq sekali lg.. Bagi Nur, Sk Bunut Payong merupakan sek dalam taman.. Sgt cantik dan tenang berada di sek nie..

 Lauk pauk Kelantan.. nyum2..

 Kelas yg penuh warna-warni..

 Guru Besar (baju pink), turut serta memberi penerangan..

Posing dl ye..

Dapur yg bersih..

Berada dlm Taman.. tenang je rase..

 Bergambar bersama warga Sk Bunut Payong yg mesra..

Bergambar bersama Tuan PPD & Guru Besar Sk Bunut Payong..

Selesai je sesi bersama warga Sk Bunut Payong, kami bergerak ke Hotel Khalifah Inn utk check in bilik.. Rm 130 sebilik utk 4 org.. Mmg selesa dan best.. Best sbb dkt ngn Wakaf Che Yeh.. hehe.. Apelg yg wanita suka kan... Selain shpgg kan... Makan pun sdp kt cni.. Murah n berbaloiii2..

 Hotel Khalifah Inn, Kota Bharu yg  berdekatan ngn Wakaf Che Yeh..

Bilik kami.. Mmg selesa sgt.. Besar dan luass..

Pukul 3.00 ptg, kami diarahkan utk bersiap2 bergerak ke Pengkalan Kubor utk shppg.. Kt sini byk brg2 dr seberang iaitu Thailand.. Kt sini Nur cuma membeli jajan & kerongsang.. De kwn2 yg lain beli periuk, kuali, baju jersi, mainan dan lain2.. Habis je shppg, kami pulang ke hotel utk berehat..

 Shppg kt Pengkalan Kubor..

 Kak as & Najwa sibuk memilih kerongsang..

Najwa sibuk mencari mainan yg sesuai tuk adiknya..

Jam 9 mlm selepas slt jama' Mghrb dan Isyak, kami berjalan kaki menuju ke Wakaf Che Yeh, cuma 2 minit berjalan kaki dah sampai.. Boleh bayangkan yg kami mmg sgt berdekatan dgn Wakaf Che Yeh.. Shppg kat sini smpai pkul 1 pagi... mmg lenguh kaki, sbb besar sgt Wakaf Che Yeh nie.. Wakaf Che Yeh nie tutup sampai pkul 3 pagi.. Mmg byk lah yg kami borong, tp, Nur cuma beli jersi je.. Seronok jalan2 tgk brg2.. hehe..

Pintu Gerbang Wakaf Che Yeh..

 Suasana pd wktu malam di Wakaf Che yeh..

Amboii.. seronoknya diorg bershppg ye..

Keesokkan harinya, kami bergerak ke Pasar Siti Khadijah jam 8 pg.. Shppg lg kt sini sampai jam 10.30 pg.. kt sini Nur cuma beli manik berlian dan Kain Batik Crepe tuk Mak su.. Then, kami bergerak ke Masjid Beijing tuk sesi bergambar bersama, sblm tu kami singgah sebentar tuk beli dodol n serunding.. Kemudian bergerak ke Rantau Panjang, last kami bershppg disini sblm bergerak balik ke Perak.. Sampai di bumi Perak jam 11.45 malam..


Pasar Siti Khadijah.. ( gmbr ehsan dr abg Google )

 Tgk tu.. byknya diorg shppg..

 Jom beli dodol n serunding disini.. sedapp

Bergambar dl, cantikkan umah Tauke Dodol n Serunding ni..

Bergambar bersama di Masjid Beijing, Rantau Panjang, Kelantan

 Antara gerai2 di Rantau Panjang..

Kami shppg sakan kt Rantau Panjang.. Destinasi shppg terakhir kan..

Sampai je kt rumah.. Terus pengsan.. haha.. Penat sgt kan.. Tido jer terus.. Pepun, mmg best lawatan kali ni coz bersama rakan2 yg happening dan persahabatan kami bertambah erat..


p/s ; Thanks again to Tuan PPD coz anjurkan Lawatan ni lg.. Hope next year kita ke Terengganu lak.. hee..



Tiada ulasan:

Catat Ulasan