Selasa, 21 Jun 2011

AMALAN TERBAIK DALAM HIDUP..

1. Sesiapa yang berwuduk saat ingin tidur dan meminta supaya ALLAH berikan kebaikan dunia dan akhirat pasti akan di kabulkan - Tirmizi. Sunat tidur dalam keadaan berwuduk.

2. Sesiapa yang berselawat tidak kiralah banyak mana, hitunganya setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaanNya.

3. Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, insyaALLAH,>akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki, riak dsbnya dalam dirinya.

4. Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping itu beroleh ketenangan fikiran.

5. ALLAH akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita dgn mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai menunaikan solat fardu.

6. Sewaktu menghadapi hidangan, Nabi membiasakan diri dengan mengambil makanan yang terdekat, kemudian baru diambil hidangan yang lainnya sebagai simbolik kesopanan.

7. Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insyaALLAH akan di kurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.

8. Sesiapa yang berniat mandi(untuk solat jumaat) kemudian pakai pakaian terbaik & wangian lalu solat jumaat, dosanya akan diampun hingga jumaat berikutnya-Ahmad.

9. Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali tiap hari, dengan izin ALLAH dirinya akan lebih dihargai oleh orang lain.

10. Uthman bin Affan riwayatkan bahawa Nabi SAW apabila berwuduk, beliau membasahi janggutnya-Tirmizi

11. Nabi tidak pernah mencela makanan. Jika baginda suka, dia makan dan sebaliknya beliau tinggalkan-Bukhari. Apatah lagi jika makanan itu pemberian orang lain.

12. Sahabat meriwayatkan: Aku lihat Nabi SAW makan dengan 3 jari(ibu jari telunjuk & tengah)-Muslim. Jarang sekali beliau makan dengan 4 @ 5 jari kecuali ada keperluan.

13. Menurut Sayyid Ahmad dahlan, sesiapa berselawat walau sekali pada malam jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan ALLAH seperti yang dihadapi oleh para nab.i

14. Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat tujuh kali pada air dan minum. InsyaALLAH, perut yang sakit atau memulas akan sembuh.

15. Perbaharui wuduk tiap kali bersolat krn padanya terdapat banyak fadhilat. Hadith: Sesiapa yang berwuduk dalam keadaan suci, ALLAH catatkan 10 kebaikan baginya-Abu Dawud.

16. Sesiapa yang mengamalkan membaca selawat tiga kali setiap selepas solat lima waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah.

17. Nabi SAW sering menghadap kekanan sedikit setelah> solat berjemaah supaya makmum dapat melihat wajahnya. Sebaiknya imam berzikir dan doa seketika bersama makmum.

18. Allah akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita jika mengamalkan beselawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai menunaikan solat fardu.

19. Nabi tak makan sambil bersandar-Bukhari. Ertinya, baginda makan dengan duduk condong sedikit ke hadapan bagi elakkan dirinya terlalu kenyang & mudahkan penghadaman

20. Menurut Syihab Ahmad, sesiapa berselawat tiga kali tiap selesai solat subuh, Maghrib dan isyak, ALLAH akan menghindarkannya drp sebarang bencana.

21. Nabi sering beristinsyaq air kedalam hidung dan menghembuskannya. Selain membersihkan, ia juga mengelakkan sebarang penyakit yang berkaitan dengan hidung.

22. Setelah bersolat Nabi memohon ampun ( astagfirullahalaziim) tiga kali-Muslim. Dalam riwayat yang lain, Nabi adakalanya beristighfar 75 kali sehari

23. Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali tiap hari, ALLAH akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah

24. Apabila Nabi tidur, ia dahulukan mengiring sebelah kanan - Bukhari. Dari segi kesihatan, cara berkenaan baik untuk jantung (yang berada di kiri badan) mengepam darah

25. Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan ALLAH segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNYA

26. Tika Nabi tidur, ia membaca surah Al-Ikhlas,Al-Falaq dan An-Naas lalu meniup telapak tangan serta menyapu keseluruh tubuh)mohon perlindunganNYA) - Bukhari

27. Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan ALLAH

28. Wuduk dahulu jika ingin tidur sekalipun dalam keadaan junub. Nabi menyarankan, cukup dengan bersihkan kemaluan dan berwuduk tanpa perlu mandi wajib jika ingin tidur

29. Munurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipudaya syaitan yang melalaikan

30. Silangkan kaki jika tidur di masjid. Hadith: Sahabat melihat Nabi berbaring di masjid dgn satu kakinya atas kaki yang lain (krn bimbang terdedah aurat) - Bukhari

31. Sesiapa yang membaca selawat sebanyak tujuh kali selama tujuh Jumaat berturut-turut, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW

32. Adakalanya Nabi SAW amat menyukai doa-doa yang ringkas (mudah) - Abu dawud. Baginda mementingkan kualiti doa itu sendiri dengan sedikit tetapi maknanya yang menyeluruh

33. Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari

34. Setelah bersolat Nabi SAW mohon ampun (astagfirullahalaziim) tiga kali - Muslim. Dalam riwayat yang lain, Nabi adakalanya beristighfar 75 kali sehari

35. Nabi seorang yang berpsikologi dalam memberi nasihat. Nabi memilih waktu yang sesuai untuk menasihati sahabat supaya mereka tidak bosan (atau tersinggung) - bukhari

36. Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat asar pada hari jumaat, insyaALLAH akan dihapuskan dosa-dosa kecil seseorang

37. Menutup mulut dan rendahkan suara tika bersin. Hadith: Apabila Nabi bersin, beliau letakkan tangan atau pakaiannya dimulut (kerana dibimbangi terpercik) - Abu Dawud

38. Jiwa yang gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana ALLAH itu Maha Luas rahmatNya

39. Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadakusebanyak 100 kali pada hari jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya - Abu Naim>

40. Nabi tidak pernah menolak hadiah. Hadith: nabi selalu terima hadiah & amat menghargainya - Bukhari

41. Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, ALLAH akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka baginya

42. Selalu memilih yang lebih mudah. Hadith: Mudahkan sesuatu & jangan kamu sukarkannya - Muttafaq Alaih

43. Berdiri apabila melihat iringan jenazah. Hadith: Apabila kamu sekalian melihat jenazah ( yang diusung), maka berdirilah (sbg tanda penghormatan) - Muttafaq Alaih

44. Ulamak berpendapat, sesiapa yang amalkan selawat saban hari tak kira berapa hitungannya, InsyaALLAH dihindarkan daripada taun & wabak penyakit berbahaya yang lain

45. Bersujud syukur jika dapat khabar gembira. Nabi sering melakukannya ketika beroleh khabar yang menyenangkan sebagai tanda syukur hamba terhadap ALLAH - Abu dawud

46. Membaca selawat 1000 kali selepas Solat Hajat dua rakaat mampu menghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan ALLAH akan hajatnya

47. Beri salam hingga tiga kali sahaja. Bahawasanya Nabi (apabila mendatangi rumah sahabat) beri salam hingga 3 kali> - Bukhari. Jika salamnya tak berjawab, beliau beredar

48. Menurut para ulamak, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah sebanyak 10 kali setiap selesai solat Maghrib

49. Melakukan pekerjaan rumah. Hadith: Bantuan terhadap isterimu itu adalah sedekah-Ad-Dailami

50. Para ulamak berpendapat, ALLAH sempurnakan hajat yang baik dengan senantiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, di ikuti dengan usaha yang berterusan.

Sekarang anda mempunyai 2 pilihan :

1. Sekadar Membaca Artikel ini untuk panduan anda.

2. Share Artikel ini kepada kenalan anda dan Insya ALLAH redha Allah akan dianugerahkan kepada setiap orang yang anda kirim.


Jagalah Drimu Dari Api Neraka..


Dalam sebuah kitab Daqa'iqul Akhbar menerangkan bahwa akan didatangkan seorang hamba pada hari kiamat nanti, dan sangat beratlah timbangan kejahatannya, dan telah diperintahkan untuk dimasukkan ke dalam neraka. Maka salah satu daripada rambut-rambut matanya berkata, "Wahai Tuhanku, Rasul Engkau Nabi Muhammad S.A.W telah bersabda, siapa yang menangis karena takut kepada Allah S.W.T, maka Allah mengharamkan matanya itu ke neraka dan sesungguhnya aku menangis karena amat takut kepada-Mu."

Akhirnya Allah S.W.T mengampuni hamba itu dan menyelamatkannya dari api neraka dengan berkat sehelai rambut yang pernah menangis karena takut kepada Allah S.W.T. Malaikat Jibril A.S mengumumkan, "telah selamat Fulan bin Fulan sebab sehelai rambut."

Dalam sebuah kitab lain, Bidayatul-Hidayah, diceritakan bahwa pada hari kiamat nanti, akan didatangkan neraka jahanam dengan mengeluarkan suaranya, suara api yang sangat menakutkan, semua umat menjadi berlutut karena kesusahan menghadapinya.

Allah S.W.T berfirman yang bermaksud, "Kamu lihat (pada hari itu) setiap umat berlutut (yakni merangkak pada lututnya). Tiap-tiap umat diseru kepada buku amalannya. (Dikatakan kepadanya) Pada hari ini kamu dibalasi menurut apa-apa yang telah kau kerjakan." (Surah al-Jatsiyah ayat 28)

Pada waktu itu, akan berkata setiap orang hingga Nabi-nabi dengan ucapan, "Diriku, diriku (selamatkanlah diriku Ya Allah) kecuali hanya seorang nabi saja yang akan berkata, "Umatku, umatku." Beliau ialah junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W.

Pada masa itu akan keluarlah api neraka jahim seperti gunung-gunung, umat Nabi Muhammad berusaha menghalanginya dengan berkata, "Wahai api! Demi hak orang-orang yang solat, demi hak orang-orang yang ahli sedekah, demi hak orang-orang yang khusyuk, demi hak orang-orang yang berpuasa, supaya engkau kembali."

Walaupun dikata demikian, api neraka itu tetap tidak mau kembali, lalu malaikat Jibril berkata, "Sesungguhnya api neraka itu menuju kepada umat Muhammad S.A.W"

Kemudian Jibril membawa semangkuk air dan Rasulullah meraihnya. Berkata Jibril A.S. "Wahai Rasulullah, ambillah air ini dan siramkanlah kepadanya." Lalu Baginda mengambil dan menyiramkannya pada api itu, maka padamlah api itu.

Setelah itu Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada Jibril A.S. "Wahai Jibril, Apakah air itu?" Maka Jibril berkata, "Itulah air mata orang durhaka di kalangan umatmu yang menangis karena takut kepada Allah S.W.T. Sekarang aku diperintahkan untuk memberikannya kepadamu agar engkau menyiramkan pada api itu." Maka padamlah api itu dengan izin Allah S.W.T.

Telah bersabda Rasulullah S.A.W, " Ya Allah anugerahilah kepada kami dua buah mata yang menangis karena takut kepada-Mu, sebelum tidak ditemunya air mata."

Dari Ibnu Abbas ra. berkata, "Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, "Ada dua mata yang tidak akan tersentuh api neraka. Mata yang menangis karena takut kepada Allah. Dan mata yang begadang berjaga dalam jihad fi sabilillah." (HR At-Tirmizy - Hasan Shahih)

Banyak hadits hadits lain yang menggambarkan tentang keutamaan menangis karena takut dan rindu kepada Alloh.,diantaranya;

Dari Anas ra ,dia berkata;Rasululloh SAW berkhutbah dengan sebuah khutbah yang belum pernah aku dengar semisalnya, beliau bersabda;Seandainya kamu mengetahui apa yang aku ketahui,niscaya kamu akan sedikit tertawa dan banyak menangis. Anas berkata; Maka para sahabat Rasululloh SAW menutupi muka mereka.Dan esak tangis merekapun terdengar.
HR Bukori-Muslim.

Dari Ibnu Umar ra,dia berkata; Tatkala sakit Rasululloh semakin keras,dikabarkan kepada beliau perihal sholat,maka beliau bersabda; Suruhlah Abu Bakar agar mengimami orang-orang.Aisyah ra berkata;Sesungguhnya Abu Bakar itu adalah orang yang lembut hatinya, apabila dia membaca Al-quran pasti dikalahkan oleh esak tangis Maka beliau bersabda;Suruhlah ia agar memimpin shalat

Dari Abu Umamah Shudday Ibn Ijlan Al-Bahili ra dari nabi saw bersabda; Tidak ada sesuatu yang paling dicintai oleh Alloh selain dari dua titis dan dua bekas,yaitu titisan air mata karena takut kepada Alloh dan titisan darah yang menitis sewaktu berjuang di jalan Alloh.Adapun bekas, yaitu bekas luka sewaktu berjuang dijalan Alloh dan bekas dari menjalankan salah satu kewajiban dari kewajiban-kewajiban Alloh Taala.HR Tirmidzi, dia berkata;Hadits Hasan''

Kesimpulan

1. Orang yang menangis karena takut kepada Allah SWT akan dijaga dari tersentuh api neraka. Maka sering-seringlah menangis dan mohon ampunan atas dosa-dosa yang pernah dilakukan, agar jangan sampai terkena siksa neraka yang pedih.

2. Orang yang turut berjihad di jalan Allah akan dijaga dari api neraka, matanya berjaga di jalan Allah demi tegaknya agama Islam.

3. Jangan sampai kita menggunakan mata ini untuk yang bukan-bukan dan tidak ada manfaatnya. Atau hanya sekedar melihat-lihat yang tidak ada menambah iman kepada Allah. Sebab yang dijamin terhindar dari api neraka adalah mata yang menangis karena Allah dan berjaga di medan jihad.

Sukan Sekolah~

Sukan.. Sukan.. Sukan... Ape yg anda tau mengenai sukan?? hmm... pikir2... xtau ye... bior sy yg gtau... Sukan merupakan aktiviti fizikal yang dilakukan untuk pelbagai tujuan untuk pertandingan, keseronokan, pembangunan, kemahiran, kecemerlangan, dan sebagainya..... korang pon penah bersukan kan... Terkenang kembali kenangan mse d sekolah dlu... Time Sukan Sekolah~~ mcm2 acara msuk... nk menang n dpt hadiah kan... skrg nie, tgok ajew la... sbb da besor... haha.. tp, wlpn da besor, ade kn sukan tuk golongan kter... bkn sukan sekolah dah... sukaneka kan??... hehe.... Sukan kuak rentang la kan... aku mang teror dlm sukan kuak rentang.... Aku psti korang pon sme kn.... xmain la dlm kolam renang... dlm bilik la kn....... hee... Agak2 bole ke msuk World Genius Book Of Record???...

Cter pasal sukan... Aku de kisah pasal Sukan Sekolah aku... Berlangsung d padang, bukan d kebun Mail Lambong ye.. Pd hr khamis lepas, 15 JUN 2011... Dr pkul 8 pg smpy 10.30pg.. penat btoi... tp, enjoy juge... Ringan ckit beban ble parents bekerjasama mbntu kami.. Terima kasih ye.... Bermula dr Perbarisan antara rumah2 sukan, then, brulah acara sukan diadakan~ Ade 5 kumpulan rumah, iaitu, rumah biru, kuning, oren, hijau, n merah... Ade 4 acara pd hr tue... Acara tarik bola, junjung pundi kacang, isi air dlm botol, n tiup belon... suasana sungguh meriah dgn khadirn ibu bapa... selesai suda, smua acara, sesi pemberian hadiah dr guru besar... seronok budak2 dpt hadiah... nk juge bole?? hee... Juara pd thn nie RUMAH KUNING.. Tahniah bg mereka yg berjaya, bg yg kalah, jgn bersedih... Dpt jugekn hadiah saguhati...~

So, slmt menghayati gmbo2 d bwh ye... n cbe kenangkn kmbli zaman persekolahan kter dlu... time sukan sekolah.... Rindu nyerr...


Semasa perbarisan rumah2 sukan... posing dlu ye...


Dalam perbarisan~


Acara junjung pundi kacang..


Acara isi air dalam botol...

Acara tiup belon.. hee... gaya tiup belon yg selamat~ selamat dr dego bunyi belon pecah...


Acara tarik bola..


Penerimaan hadiah bg rumah yg menang...




Alhamdulillah, selesai suda Sukan Sekolah............





Bendere Zionis Dlm PC Anda !! DELETE SEGERA !!!!

Tahukah anda bendera/lambang Israel berada didalam PC anda.

Buka komputer anda pada direktori,

Lokal Disc C:\Program Files\Microsoft Office\MEDIA\CAGCAT10,cari gambar bernama J0285926.

Anda akan temukan gambar Lambang/bendera zionis Israel lengkap (persis dengan warna aslinya) dengan lilin (sarana ibadah mereka).
Seperti d bwh nie.. Sy yakin setiap PC de nie..




So ape yg perlu kita buat?
HAPUS! Gambar tersebut ada disemua PC di seluruh dunia?
Tp selagi tak guna symbol celaka ni symbol ni xkan muncul..
sama la jugak gamba2 yg dlm tenet selagi xsearch lambang die xjumpa.
So disini kita perlu amik tahu bahawa ini adalah lambang zionism
dan lahanat ini xjemu2 menyebarkan Semangat dan Fahaman mereka..
SEBARKAN SEMAMPUNYA





Rabu, 15 Jun 2011

SEBUAH KISAH~


Katalah kita ni polis, sedang duduk dalam kereta peronda Kita sambil minum kopi. Tiba-tiba radio kita berbunyi, mengatakan ada dua kes yang diminta kita menangani salah satu darinya. Dua-dua kes orang kena tangkap mencuri. Kes pertama di kampung hulu, seorang lelaki ditangkap mencuri duit seringgit. Kes kedua di kampung hilir, seorang warga asing kena tangkap mencuri duit 20 ribu ringgit.

Kes mana yang kita kejarkan dulu? Agaknya tentulah kita segera berkejar ke kampung hilir, ye tak? I mean, apalah sangat duit seringgit, itupun nak report polis ke? Tapi bagaimana kalau lepas tu kita tahu hakikatnya begini:

Dalam kes pertama, duit itu kepunyaan seorang anak yatim piatu peminta sedekah, dan duit itu sajalah yang ada padanya untuk digunakan membeli roti setelah beberapa hari tak makan? Sedangkan dalam kes kedua, duit itu kepunyaan orang kaya bakhil yang seumur hidupnya tak pernah keluar zakat?

Tiba-tiba, baru kita sedar perbezaannya, antara prinsip dan appearance. Kalau ikut prinsip, tentulah kes pertama lebih berat, walaupun hanya melibatkan duit seringgit. Tapi sebab kita hidup ini dah biasa menghakimkan orang serta peristiwa dari segi luaran, maka selalu minda kita tertipu.

Stephen Covey, dalam bukunya”Seven Habits of Highly Effective People” menceritakan pula begini:

Kita sedang duduk di sebuah bangku dalam taman. Sedang kita enak menikmati sandwic dan Coke kita di tengah taman dengan udara bertiup lembut itu,tiba-tiba datang seorang lelaki bersama 2 orang anak kecilnya duduk di sebelah kita. Lelaki itu hanya menung panjang melihat ke tasik dan mendiamkan diri sementara anak-anaknya berlarian macam setan menjerit-jerit sekuat hati. Orang yang lalu lalang semuanya melihat dengan kening berkerut-kerut perangai budak-budak yang tak tahu hormat pada orang lain tu.

Kita pun lama-lama semakin bengang. geram sungguh dengan budak2 ni! Apahal mamat ni diammm je, tak nak tegur ke anak-anak dia ni? Lepas dah tak tahan sangat, kita pun tegur lelaki itu. Boleh tak encik suruh anak-anak encik tu dok diam-diam, saya tengah nak makan sandwic ni!

Lelaki itu melihat pada kita seketika sebelum tersenyum sedikit. “Maafkan saya,” kata lelaki itu. “Dan maafkan anak-anak saya tu.Sebenarnya, isteri saya – ibu mereka – baru meninggal dunia sebab kanser di hospital, dan saya tak tahu macamana nak terangkan pada mereka hal ini.”

Kemudian dia sambung : “Biarlah saya bawa mereka ke tempat lain supaya tak menganggu anda makan.”

Apa rasa kita masa itu? Sebab itulah bila teringat ayat Qur’an mengatakan, beza antara manusia itu hanyalah iman dan taqwa, saya sering berasa menyesal.Sebab saya selalu menghukum orang melihat keadaan luarannya!

Bagaimana dengan anda?

Wallahualam.




Wahai orang-orang yang beriman hendaklah kamu jauhkan dari kebanyakan sangkaan buruk. Sesungguhnya sebahgiannya adalah dosa." (12 : al-Hujurat)




p/s: terkadang mata kita melihat tetapi adakah mata itu benar2 sedang melihat ataupun sekadar memandang. disinilah pentingnya pertimbangan akal serta hati... kita... sering terburu-buru membuat andaian membuatkan kita selalu tersalah menilai... makanya dari itu, ambillah sedikit waktu untuk selami dan fahami situasi yg sebenar.. mudah2an kita x tersalah membuat tindakan... so, jgn mudah berburuk sangka n think positive ye.. sesungguhnya yg baik itu datangnya dari Allah swt dan yg buruk itu datangnya dari kita..



ღ ISTIMEWANYA WANITA ღ


Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh 7 sehingga 15 hari sebulan.Dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.

Cuti bersalin juga sehingga 60 hari .Cuti ini bukan cuti suka hati .Tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah.

Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang.. .

Sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya…

Satu lagi berita gembira untuk wanita..Sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya. Lahir saja bayi seluruh dosanya habis. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, Jadi kenapa perlu takut nak beranak?

Marilah kita pegang kepada tali Allah. Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap Mati syahid. Allah izinkan terus masuk Syurga. Untuk orang kafir dia tak dapat masuk Syurga tapi Allah beri kelonggaran siksa kubur.

Untuk peringatan semua wanita yang bersuami..Seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala. Tetapi dosa-dosa suami dia tidak menanggungnya…

Di akhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari… Contohnya bila dia redha suaminya pergi berjemaah di masjid atau ke majlis ilmu, bersedekah.. Ganjaran Alah akan diberi keatasnya jua..





Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat, Dia tidak mahu masuk syuga tanpa suaminya. Jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk melepasi titian untuk masuk ke syurga. Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut selalu muncung terhadap suami ,Dia tak akan dapat pahala extra ini.

Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain.. Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya.

Sesungguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki. Dia bukan dicipta dari kepala ke kaki, juga bukan dari tapak kaki.Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampir kepada kamu (lelaki),lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan wanita, dekat dengan hati lelaki untuk disayangi.

Oleh itu wanita sekalian, sayangilah diri anda dan Suami anda Sepenuh Jiwa & Raga…

InsyaAllah,SYURGA itu pasti menjadi Milik Anda.. Ameen ya Rabb..


Wallahualam…




Selasa, 14 Jun 2011

Renungan Bersme~


Nabi Muhammad saw bersabda:

“Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi

yang menakjubkan pada malam sebelum aku di Israqkan…”

1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah didatang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat menggerunkan untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA .

2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, maka ia telah selamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis laknatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikat Ahzab, tetapi SOLATNYA YANG KHUSYUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat,setiap kali dia mendatangi satu telaga dihalang dari meminumnya, ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.


6. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita disekelilingnya,sedangkan dia sendiri di dalam keadaan bingung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-benderang.

7. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil memimpinnya ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidakpun membalas bicaranya, maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya, lalu berbicara mereka dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya,maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.



BERSABDA RASULULLAH SAW,

“SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU YANG LAIN

WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT”..

SubhanAllah..

Ubat Hati Mu~

Salam.. sama2 kita renungkan..

♥ Surah Mujarab Dr Rasulullah♥



1.SURAH AL-FATIHAH

Amalkan membaca Surah Al-Fatihah semasa hendak tidur diikuti dengan membaca Surah Al-Ikhlas 3 kali, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas. Insya'Allah akan aman tenteram dan terjauh daripada gangguan syaitan. Dianjurkan juga membaca surah ini sebanyak 44 kali untuk mengubati sakit mata, perut, gigi dan lain-lainnya dengan izin Allah s.w.t. Untuk mencegah kemarahan Allah, bacalah surah ini sebanyak 17 kali sehari iaitu dengan mengerjakan solat 5 waktu.

2. SURAH YAASIN

Telah bersabda Rasulullah s.a.w.,

"Sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu ada hati, dan hati Al-Qur'an ialah Surah Yaasin iaitu jantung Al-Qur'an. Sesiapa yang membaca Surah Yaasin, nescaya dituliskan oleh Allah pahala menyamai sepuluh kali membaca Al-Qur'an seluruhnya."

(Hadis riwayat At-Tarmizi dari Anas r.a.)

Rasulullah s.a.w. juga bersabda :

"Surah Yaasin dinamakan di dalam kitab Taurat dengan sebutan "At-Mu'ammah" (yang umum), yang mengumumkan pembacanya dengan kebaikan dunia dan akhirat, menanggung segala bala baik dari kesusahan di dunia mahu pun akhirat. Pembaca juga akan dilindungi dari setiap keburukan dan kejahatan serta segala hajat dan kemahuan akan Allah kabulkan. Jika dibaca dalam satu malam semata-mata mengharapkan keredaan Allah, nescaya Allah akan mengampunkan dosanya."

(Hadis riwayat Malik, Ibnu-Sunni dan Ibnu Hibban).

Surah Yaasin ni juga jika diamalkan, akan terselamatlah kita dari kehausan di hari KIAMAT.

3. SURAH AD-DUKHAN

Dibaca sekali pada malam Jumaat agar kita terselamat dari huru hara di Padang Mahsyar.

4. SURAH AL-WAQI'AH

Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca Surah Al-Waqi'ah pada setiap malam, insya'Allah tidak akan merasai kepapaan. Mereka yang membacanya sebagai wirid, insya'Allah akan beroleh kesenangan selama-lamanya. Mereka yang membacanya sebanyak 14 kali setiap lepas solat Asar, insya'Allah akan dikurniakan dengan rezeki yang banyak.

Selepas solat Isyak, ambillah segelas air lalu bacalah Surah Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqi'ah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Dalam hati, niat untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga.

Makna Surah Al-Waqi'ah Ayat 35-38 ialah :

"Sesungguhnya, Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya serta yang sebaya dengan umurnya."

5. SURAH AL-KAUTHAR

Sesiapa yang mengamalkan membaca surah ini sebanyak 1,000 kali, maka Allah s.w.t. akan menghasilkan hajatnya termasuk rezeki dan kenaikan pangkat. Sesiapa yang membaca 1,000 kali juga selepas solat Isyak hingga dia tertidur, insya'Allah dia dapat melihat Rasulullah s.a.w. dalam tidurnya.

6. SURAH AL-KAFIRUN

Sesiapa yang membaca Surah Al-Khaafiruun, maka bandingannya seperti membaca seperempat Al-Qur'an, disamping terlepas dari syirik, terjauh dari godaan syaitan dan terlepas dari peristiwa yang mengejutkan (Riwayat At-Tarmizi).

Sebelum tidur, bacalah surah ini agar kita mati dalam iman serta membersihkan kotoran dalam diri kita.

7. SURAH AL-MULK

Sebuah lagi Surah dari Al-Qur'an iaitu Surah Al-Mulk mempunyai fadilat dan faedah yang amat besar bagi sesiapa yang mengamalkan membacanya. Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca akan surah ini, akan mendapat syafaat dan keampunan dosa-dosanya. Mereka yang membacanya pada setiap malam, insya'Allah, akan terselamat dari azab kubur..

8. SURAH AL-IKHLAS

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepada isteri kesayangan baginda, Siti Aisyah, antara mafhumnya :

"Wahai Aisyah isteriku, sebelum kamu tidur, khatamlah dulu Al-Qur'an."

Siti Aisyah lalu berkata, "Wahai suami ku, saya tidak mampu khatam Al-Qur'an sebanyak 30 juzuk itu."

Apabila mendengar kata-kata Siti Aisyah tersebut, Rasulullah s.a.w. sambil tersenyum lalu menjawab, "Barangsiapa yang membaca 3 kali sebelum tidur, seolah-olah ia telah khatam Al-Qur'an keseluruhannya."

Dari Rasulullah s.a.w.. pernah bersabda kepada Saidina Ali r.a.,

"Sesiapa hendak pergi musafir, kemudian ketika dia hendak meninggalkan rumahnya, ia membaca surah Al-Ikhlas 11 kali, maka Allah memelihara rumahnya sampai ia kembali."

Ibnu Said Al-Khanafi menerangkan :

"Surah ini dinamakan Surah Al-Ikhlas, ertinya bersih atau lepas. Maka barang siapa yang membacanya dan mengamalkannya dengan hati yang ikhlas, maka ia akan dilepaskan kesusahan duniawi, dimudahkan di dalam gelombang sakaratulmaut, dihindarkan dari kegelapan kubur dan kengerian di hari kiamat."

9. SURAH AL-FALAQ

Siti Aisyah menerangkan :

"Bahawa Rasulullah s.a.w. pada setiap malam apabila hendak tidur, Baginda membaca Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas lalu ditiupkan pada kedua telapak tangan, kemudian disapukan keseluruh tubuh dan kepala. Barang siapa terkena penyakit kerana perbuatan syaitan atau manusia, hendaklah membaca Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 41 kali selama 3 hari, 5 hari atau 7 hari berturut-turut. Barang siapa yang takut akan godaan syaitan dan manusia, takut dalam kegelapan malam atau takut dengan kejahatan manusia, bacalah Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 100 kali."

10. SURAH AN-NAS

Surah An-Nas adalah surah yang terakhir (ke-114) dalam Al-Qur'an. Nama An-Nas diambil dari kata An-Nas yang berulang kali disebut dalam surah ini yang bermaksud manusia. Surah ini termasuk dalam golongan surah makkiyah. Isi surah ini adalah bagi menganjurkan manusia memohon perlindungan kepada Allah dari godaan syaitan baik yang berasal dari golongan manusia mahu pun jin. Surah An-Nas ini juga adalah penerang hati.



Selamat Beramal~


Isnin, 13 Jun 2011

Kursus~

Khamis lepas... aku, najwa n kak as dipanggil berkursus... sehari jer... eh, rsenye xsmpai 1 hr pon... hee... tau2 jer tmpt kursus d ipoh, aku apelg, kol njwa la... nk tumpang.... hehe... aku xreti la jln2 ipoh nieh... kitaowg plan bkonvoi bersme kak as dr ctwan ke ipoh dlm pkul 6.30pg coz kul 8.00pg kne dftr nm... hm... alih2 pkul 7.00pg bwu gerak... haha... akhirnye kami pon smpy ler tmpt yg ditujui... smpy je sne aku tercari2 kedai makan... yela lapo.. xmkn dr td... jmpe jer kedai mkn, aku melangkah dgn senyum... hee... smbil melambai-lambai duit not kaler merah~~ heeeeee... aku beli roti jer... haha.. rm2.00 satu... then, kami nek lif tuk ke tingkat 4, smpy sne jer nmpk org tgh mkn.. ciss, bazir je aku p bli roti td... aku lupe la plak, dlm jadual de sarapan pg... adoyaiii... xpe, roti tue aku simpan tuk perjalann pulang nt kn... aku n njwa, trus ambk pinggan la... isi dgn mknn yg de... sedoppp betoi... bese lar.. org tgh lapo smua yg de kt ctu, sedap2 belakalah... haha... tgh sdap2 mkn, kak as kol, da dftr blom??.. adoii... lupe plak... nmpk mknn dlu, hentam dlu lah.. haha...

Pas abis mkn, aku n njwa p la dftr n sign kehadiran... then, msk dewan... dgo la ceramah yg diberikn dgn tekun~ yeah.. kami sgt tekun mendego..... dlm pkul 12 lbh, maka tamatlah ceramah... fuhh~~ byk ilmu yg aku dpt... ceeewaahh... yke siha?? hee... yela... kn tekun mdgonyerr.... hee... pas je tamatnye ceramah, kami trus p mkn tengahari la... mmg lapo pon time tuh... pas abih mkn jer, aku n njwa p jln2 la... tau ke kami ke mn?? mn lg, IPOH PARADE la tmpt kami jln2... jln punyer jln kami terserempak ngn ckgu sejarah tyme form 6 dlu... agak setengah jam juge la kami bersembang... antare topik yg hangat msti la tntg bler nk kawen? apasai badan makin besau? haha... adoii.... dictu kami sempat bertukar no hp... ckgu juge mengajak kmi ke rumah nyer rayer nieh... insyaallah ye ckgu...

Kt sne juge kami bersolat n cuci mate~~ aku xbeli pe pon, coz xde yg menarik pon... njwa jer.. beli cermin mate berharge rm5 tuh... haha... aku pon nk tp, xde yg sesuai ngn aku... huhu.... pas penat berjaln, kami pon bergerak pulang ke rumah ler..... so, dibwh nie, gmbo2 kami d tmpt kursus n d ipoh parade~~~


Antara penceramah yg aku sempat snap picnyer


kak seha, kak as, siha n njwa la..



seronok njwa dpt beli spec mate bwu~


p/s: seronok berkursus bersme teman2... hope dpt kursus lg, ngn kak as n njwa... hee..

Selasa, 7 Jun 2011

Percutian Kami D Beijing~~

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, kami selamat smpai ke Malaysia tepat jam 6.00pg bersamaan pd hr ahd, 5 Jun 2011. Percutian selama 7hr 5mlm di Beijing, China amat menyeronokkan... Seramai 40 org termasuk tour guide kami dr Malaysia n China. Oke, aku akn ceritakn dr hr pertama n hari terakhir di sne... rasaikn keseronokkan n kegembiraan aku d sne...

HARI 1, 29 MEI 2011 (CTWAN-KUALA LUMPUR)

Tepat jam 10.30mlm, kami berkumpul di stesen bas di sitiawan, yg akn membawa kami terus ke LCCT, Kuala Lumpur. Di LCTT, kami tiba jam 3.30pg, disane kami berehat dan solat sebelum berlepas ke Tianjin airport.

Tianjin Airport



HARI 2, 30 MEI 2011 (KUALA LUMPUR-BEIJING)

Berkumpul di LCCT selewat-lewatnya pukul 6.00pg. Taklimat ringkas diberikan oleh Encik Ramzi, tour guide dr Malaysia. Penerbangan ke China pada pukul 9.00pg dan akan tiba di Bandar Tianjin pd pkul 3.00ptg, selama 6 jam penerbangan tau... kebas tau... lepas sampai di Airport Tianjin, kami terus ke Bandar Beijing, dengan menaiki bas dan perjalanan selama 2 jam. sampai aje kt Bandar Beijing, kami terus makan malam. kemudian dibawa menonton persembahan Akrobatik yg sangat best n menarik... Kemuadian, kami terus dibawa tuk check in hotel n berehat.

]
Bas yg kami naiki selama kami berade d sne..



Persembahan Akrobatik..nie x strt lg..xbole tgkp gmbo mse show..


Ni la dier persembahan akrobatik, byk lg, tp nih je aku tnjkkn...


Makan malam kami..telur dadar yg plg sedap..

Bilik hotel kami... mse tuk berehat...


HARI 3, 31 MEI 2011 (BEIJING)

Selepas sarapan, jam 8.oopg kami memulakan lawatan ke Dataran Tian Aun Men dan Kota Larangan (Forbidden City). Makan tengahari dan solat di Masjid Ma'dian. Kemudian kami dibawa ke Pusat Pemulihan Kedoktoran Tradisional China (Pusat Kajian Herba), di mana terdapat hasil penggunaan herba yang terkini. Urutan kaki dan rundingan perubatan percuma akn diberikan oleh Dr yg berpengalaman. Kemudian, kami singgah di Pusat Teh China yang terkenal di Beijing.. bole tahan la rse teh nyer... rse tawar.. Selepas tue, kami terus ke Stadium Olimpik Sarang Burung. Kemudian makan mlm n pulang ke hotel.

Dataran Tian Aun Men

Kota Larangan (Forbidden City)



Di Masjid Ma'dian
Di Pusat Teh China, Dr Tea


Di Stadium Olimpik Sarang Burung


HARI 4, 1 JUN 2011 (BEIJING)

Tepat jam 8.oopg, kami bersarapan dan terus menaiki bas tuk memulakan perjalanan ke luar Kota Beijing menuju ke Tembok Besar China. Dalam perjalanan, singgah di Pusat Batu Jed dan Kristal yang terkenal di Beijing. Makan tengahari dan bersolat. Perjalanan di teruskan lagi ke Pusat Perubatan Herba (Krim bakar & Koyok). Sblm mkn mlm, kami singgah sebentar di Hard Rock Beijing. Selepas mkn mlm, terus kembali ke hotel.

Di Tembok Besar China

Di Pusat Batu Jed.. harimau tue..

Di Pusat Perubatan Herba, tgh wt show ckit buktikn keberkesanan ubat herba.

Hard Rockk !!
HARI 5, 2 JUN 2011 (BEIJING)

Selepas sarapan, kami memulakan perjalanan ke Istana Musim Panas ( The Summer Palace). Lawa tau tempat nih n sejukk.....1 jam berada disini.. Bergambar dan berposing sakan.. Then, kami makan tengahari dan bersolat, terus memulakan perjalanan ke Pusat Mutiara Air Tawar dan Kilang Sutera. Di pusat mutiara xbeli pe pon, xminat la mutiara... emas oke la... kt kilang sutera, beli kain ela jer... Kemudian, kami membeli belah di sekitar Bandar Beijing. Singgah di Pasar Yashow dan juge di Pasar Tianya. Shopping sakan beb... Habis je shppg, kami makan mlm di restoren muslim dan balik ke hotel utk berehat n tido la...

The Summer Palace


Kat istana musim panas


Di Pusat Mutiara

Kat Kilang Sutera

HARI 6, 3 JUN 2011 (BEIJING)

Selepas sarapan, perjalanan terus ke Kedai Batu Permata yg diusahakan oleh rakyat Malaysia. Disini kami diberi rantai jed secara percuma dan diberi harga yg plg murah disini... 3 utas gelas rm100 jer... jed putih tuh...Batu permata plak mcm2 jenis.... cantik2 semuanyer... Smua batu permata de less dicni, special tuk kami org2 Malaysia.. baik betoi tokey kedai nih, da la peramah... Selepas itu, kami makan tengahari dan bersolat. Pada sebelah petang shopping di Silk Market selama 2jam setengah.. naik lenguh kaki aku.. huhu... tp, enjoyyy... yg penatnyer tawar menawar la... 99% aku tawar, xnk bg aku blah, tp.... diowg tarik tgn, kasi harge baik punyerr.. Disini banyak menjual cadar, alas meja, kasut, beg, t-shirt n many more... 4 tingkat kalo x silap... Then, kami mkn mlm n balik ke hotel.

Di Kedai Batu Permata


Di Silk Market, murah je barangan di sini, kasut sukan boleh dpt rm 20..


HARI 7, 4 JUN 2011 (BEIJING-TIANJIN-K. LUMPUR-CTWAN)

Selepas sarapan pg dan check out dr hotel, kami meneruskan perjalanan ke Tianjin. Sepatutnya, kami akn menaiki Bullet Train, mengambil mse 45 mint jer... kalo nek bas 2 jam ke Bandar Tianjin, tp ade sbb yg xdpt dielakkan... so, xdpt nek... xpela.... kami juge skip ke Jalan Kebudayaan. Selepas makan tengahari kami terus dihantar ke lapangan terbang Tianjin. Pukul 4.15, penerbangan dr Tianjin ke LCCT, Kuala Lumpur. Sampai di KL, tepat jam 10.00mlm, tuk pulang ke rumah kami kne menunggu bas dr pkul 10.00mlm sehingga 2.00pg, barulah bas bergerak ke ctwan. Disane kami solat n mkn dlu sblm bas bergerak, jam 6.00pg iaitu hari ahd 5 jun 2011, brulah kami selamat smpy. penat tau... huhu... tp, kenangan di sne xkn ku lupekn... bersme kwn2 n pak cik serta mak cik yg peramah n sporting habissss...... trip pertama kami yg besh la... trip kedua bler la plak? haha.. dalam mlysia pon blom abis terokan jelajah... heee...

Berhenti disini tuk mkn tengahari dlu.. smpt aku snap pic ngn bunge..


Sblm berangkat pulang, kami mkn dlu...



p/s:

Spe yg g holiday or honeymoon disne, kne beli la botol air mineral kt sne tuk basuh or bersuci coz kt sne xde air dlm tandas, cme de kt sinki je... isi la air dlm sinki tue dlu dgn botol kosong tue, sblm msk tandas ye.. xpe, belajor n lihat cara hidup org sne... jgn lupe juge bwe serunding, sambal ikan bilis tempe n maggie cup coz korang msti jemu mkn mknan cina... soooo...... xberape sedap la.... hari pertama until hr 3 aku bole terima, tp masuk hr ke-4 aku da nk pening kepala bau n mkn mknan cina, aku mkn telur dadar jer... mlm aku mkn maggie... hee.. rindu tau mskkn pedas... tp, jgn memilih sgt, kalo memilih sgt mkn, ssh la nk travel tmpt len.... hee....